Kes Remaja Pij4k Al-Quran, Bapa Seb4k Pertah4n Anak; Ini Yang Berlaku

KELUARGA remaja perempuan yang didakw4 memijak senaskah al-Quran untuk bersump4h seperti mana video yang tul4r tampil bersuara susulan kec4man netizen dan masyarakat.

Menerusi penstriman video secara langsung di halaman Facebook ‘Live Kelate Kito’ pada Sabtu, seorang pengantara menemubual keluarga remaja itu.

“Pemikiran dia lurus bendul… macam budak-budak. Dia main dengan budak-budak, dia jarang bercampur dengan budak-budak besar (rakan sebaya),” katanya.

Menurut bapa remaja berkenaan, anaknya yang berusia 17 tahun itu adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) atau lemb4m dan suka bergaul dengan kanak-kanak.

Ditanya mengenai pemuda bernama Irwan yang disebut dalam video yang tular, bapa remaja itu memberitahu dia tidak mengenali individu tersebut.

Menerusi klip video berdurasi kira-kira 38 minit itu, turut kelihatan ahli keluarga remaja perempuan berkenaan dalam kesed1han akibat insiden tersebut.

“Tak kenal, tak pernah tengok pun lagi jant4n tu. Dia duduk kampung mana pun saya tak tahu,” katanya.

Bapa remaja perempuan (kanan) sewaktu ditemubual.

Klip video tersebut turut mended4hkan kakak kepada remaja itu meng4ku membuat laporan pol1s berhubung video yang tul4r.

“Saya terus tanya adik saya, video ni betul ke dia. Dia mengaku betul dalam video tu. Nak mar4h pun tak ada guna, benda dah jadi dan vir4l. Jadi, saya terpaksa buat laporan pol1s,” katanya sambil menambah laporan dibuat bagi mempertahankan keluarganya susulan penul4ran video tersebut.

“Saya adalah kakak… yang melaporkan kes ini,” dakw4nya yang membuat laporan pol1s selepas menerima video tersebut daripada seorang rakan.

Kakak remaja itu mendakw4 adiknya dipaks4 untuk membuat peng4kuan sebagaimana yang dirakamkan di dalam video.

“Dia cakap dia tahu tak baik untuk pij4k (al-Quran) tapi dia dipaks4 untuk pij4k,” katanya.

“Saya tanya dia… dia cakap dipaks4 untuk memijak al-Quran tu. Kalau tak pij4k al-Quran tu dia diugvt untuk si Irwan membuat sesuatu kat dia.

Kec4man netizen terhadap keluarga remaja perempuan tersebut turut membuatkan neneknya diland4 kesed1han sehingga hilang selera makan.

“Tiga hari dah tak makan nasi,” katanya dengan nada seb4k.

Tindakan seorang remaja perempuan memij4k al-Quran menerusi video yang tul4r.

Remaja itu bersama tiga perempuan yang lain berusia 17 tahun direm4n sehingga Ahad sejak Jumaat bagi membantu s1asatan pol1s. 

Dalam pada itu, abang kepada remaja perempuan itu membuat permohonan ma4f secara terbuka bagi pihak keluarganya di atas ket3rl4njuran adiknya.

“Saya sebagai wakil kepada keluarga meminta ma4f kepada mereka di luar sana yang tudvh bukan-bukan.

“Adik saya jenis lurus bendul. Kami tak ajar pun dia buat macam tu. Sekali lagi, saya minta ma4f banyak-banyak. Saya sed1h dengan keadaan adik saya,” ujarnya.

Video berdurasi tiga minit dan 13 saat yang tul4r di laman sosial sejak Khamis memaparkan perbuatan seorang remaja perempuan memijak al-Quran, yang bersump4h kerana mahu membuktikan dirinya telah melakukan pers3tubuhan.

Berdasarkan perbualan dalam dialek Kelantan itu, ia dipercayai berkaitan sama ada seorang remaja terbabit melakukan hubungan s3ks atau sebaliknya.

Dalam kejadian berlaku di Tanah Merah, Kelantan, remaja perempuan itu berbuat demikian seperti mengangkat sump4h di depan seorang lagi rakan perempuannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*