Mal4ng Tidak Berbau! Pengilat Kuku Antara Produk Kecantikan Punca Kanak-Kanak Dikejarkan Ke Hospital

Gambar Sekadar Hiasan

SETIAP dua jam seorang kanak-kanak akan dikejarkan ke hospital akibat tertelan atau terdedah kepada produk kecantikan dan penjagaan diri, demikian menurut kajian terbaharu di Amerika Syarikat.

Kajian yang dilakukan oleh Injury Research and Policy di seluruh hospital kanak-kanak di Ohio itu mengumpulkan data melibatkan kanak-kanak dibawah usia lima tahun yang dikejarkan ke wad kecem4san di antara 2002 hingga 2016 kerana ced3ra akibat produk kosmetik.

Menerusi kajian itu, dianggarkan 64,686 kanak-kanak dirawat disebabkan keced3raan berkaitan produk seperti syampu, losyen, pengilat kuku dan alat solekan, manakala 75 peratus daripada kes tersebut disebabkan tertelan produk atau pun terkena kulit serta 19 peratus lagi melibatkan mata.

Ker4cunan akibat tertelan produk juga menunjukkan 86 peratus, manakala yang menyebabkan mel3cur pula 13 peratus.

Produk penjagaan kuku seperti pengilat dan pemadam kuku adalah antara paling popular yang mengakibatkan keced3raan dalam kalangan kanak-kanak iaitu hampir 30 peratus kes.

Seterusnya, produk penjagaan rambut (27 peratus) selain terdedah kepada minyak wangi (12 peratus) juga boleh mengakibatkan kanak-kanak dikejarkan untuk rawatan di hospital.

“Kanak-kanak melihat ibu bapa mereka menggunakan produk ini dan mereka mula mengikut apa dilakukan, namun ia berakhir dengan benc4na.

“Produk-produk ini pula kebiasaannya diletakkan di tempat yang mudah dicapai oleh anak-anak tanpa menyedari ia mendatangkan bah4ya,” kata Rebecca McAdams.

Bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak terjadi kepada anak-anak kita, apa kata individu bergelar ibu dan bapa mula mengambil langkah keselamatan ini:

1. Simpan semua produk penjagaan diri dan kecantikan di tempat selamat serta tidak boleh dicapai oleh anak-anak.

2. Jangan tinggalkan produk yang digunakan dalam keadaan terbuka dan sebaiknya selepas guna simpan di tempat asal.

3. Apa kata laburkan sedikit wang untuk membeli kotak simpanan bagi menyimpan produk-produk tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*