Mawar, Fizo Dinasihatkan Selesai Cara Baik Isu Hak Penjagaan Anak Ini Sebabnya..

SHAH ALAM : MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini, menasihatkan pasangan selebriti Fizo Omar dan bekas isterinya Mawar menyelesaikan isu permohonan interim hadanah terhadap anak tunggal mereka secara baik.

Hakim Syarie Abdul Shukor Abd Hamid berkata, jika proses perceraian antara Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 34, dan Mawar Abdul Karim, 30, boleh dilakukan dengan baik, mahkamah juga berharap supaya permohonan interim hadanah dapat diselesaikan dengan cara sama.

Ia berikutan Fizo tidak bersetuju dengan satu daripada tuntutan dalam permohonan interim hadanah yang difailkan oleh Mawar pada 26 Jun lalu.

“Permohonan difailkan dan mahkamah cadangkan untuk pihak-pihak cari penyelesaian terlebih dahulu.

“Memandangkan kes penceraian dibuat dengan cara baik dan mahkamah ingin mengambil kesempatan dengan cara itu dipanjangkan kepada soal penjagaan anak sekiranya boleh,” katanya.

Terdahulu, Peguam Zulkifli Che Yong berkata afidavit permohonan interim itu disampaikan kepada Fizo pada 10 Julai lalu dan pihaknya difahamkan pelakon itu memfailkan afidavit balasan, hari ini.

Fizo bagaimanapun berkata, tempoh tiga hari bekerja yang diberikan itu terlalu singkat untuk memberi masa secukupnya bagi beliau membalas afidavit itu.

Beliau juga memberi tahu mahkamah, walaupun beliau tidak membantah permohonan interim hadanah itu, tetapi beliau tidak bersetuju dengan terma dalam permohonan membabitkan hak lawatan dan hak bermalam.

“Saya tidak pertikaikan hak penjagaan cuma saya membantah hak lawatan dan bermalam. Berdasarkan kepada permohonan, anak tidak dibenarkan bermalam dengan saya sehingga berusia empat tahun,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Ogos untuk keputusan permohonan interim itu.

Sementara itu ketika ditemui di luar mahkamah, Fizo yang tidak diwakili peguam berkata, beliau percaya akan ada jalan penyelesaian antaranya dengan Mawar.

“Ini bukan pergaduhan cuma sekarang dalam tempoh perbincangan dan kami hampir jumpa persetujuan.

“Esok proses sulh akan diadakan (antaranya dengan Mawar). Sebelum bercerai anak banyak kali bermalam dengan saya,” katanya.

Pada 10 Julai lalu, media melaporkan, kemelut rumah tangga Fizo Omar dan Mawar, akhirnya terjawab apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada jam 10.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Article berkaitan :

“Saya Masih Tidak Boleh terima Berita Ini ” Aliff Syukri

Kontroversi Fizo Mawar,Akhirnya Fizo BUka Mulut Selepas Apa berlaku Kepada Emaknya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*