Mira Filzah ‘Naik Tangan’ Ke Muka Zul Ariffin! Apa Ceritanya Ni

PELAKON Mira Filzah terp4ksa men4mpar pelakon Zul Ariffin sebanyak enam kali bagi menjayakan sebuah babak menerusi filem terbaru, Sangkar.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, berkata dia perlu berbuat demikian bagi memenuhi tuntutan jalan cerita dan skrip.

“Ada satu babak dalam filem itu memerlukan saya men4mpar muka Zul sebanyak enam kali.”

Bagaimanapun Mira sempat berseloroh mengatakan tamp4rannya itu tidak memberi kesan kepada Zul Ariffin.

Mira Filzah gembira dapat terlibat dalam filem Sangkar.

“Saya memang t4mpar betul-betul tapi dengan kebenaran Zul juga. Tapi rasanya setakat t4mparan saya itu, Zul tak rasa apa-apa pun,” kata Mira. 

Selain Mira dan Zul, filem arahan Kabir Bhatia itu turut dibintangi oleh Remy Ishak, Fadlan Hazim dan atlet pen1nju profesional MMA iaitu James Mcsweeney serta Saiful Merican, Rashid Salleh, Peter Hugh Davis dan Terry Gallyot.

Mira ditemui ketika majlis Sangkar di Battle Arena Malaysia, Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya pada baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mira memberitahu dia berasa seronok apabila buat pertama kali dapat bekerjasama dengan dua pelakon dan pengarah hebat.

Mira pertama kali digandingkan dengan Zul dan Remy dalam satu filem.

“Kalau ikutkan, filem ini merupakan filem pertama saya sebelum filem Ini Kalilah dan pertama kali juga saya dapat bekerjasama dengan Zul, Remy dan Kabir Bhatia.

“Kabir Bhatia adalah seorang pengarah yang sangat teliti manakala Zul dan Remy sememangnya profesional dan mudah untuk berlakon bersama,” ujarnya

Filem Melayu pertama yang menampilkan Mixed Martial Arts (MMA) ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura bermula pada 29 Ogos depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*