Putus Cinta Bukan Penghalang Najwa Latif ‘Score’ 4 Flat Untuk Master

Rasanya sudah lama kita tak dengar cerita mengenai penyanyi Najwa Latif. Dengar cerita Najwa kini bergelar pensyarah dan akan menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana tidak lama lagi.

Berkongsikan cerita, Najwa membuktikan dia tidak pernah berputus asa walaupun walaupun pernah hampir berhenti sekolah di tingkatan empat suatu ketika dahulu.

Menerusi Instagram, Najwa berkongsikan berita gembira apabila dia lulus cemerlang 4 flat dalam master. 

“Perkara terbaik yang berlaku (semalam) apabila saya menghubungi ibu saya memberitahu keputusan saya, ibu saya gembira dan saya menangis.

“Siapa sangka gadis ini yang pernah cakap ‘Wawa nak kerja ma. Wawa tak nak sekola dah, Wawa tak nak belajar’ ketika tingkatan empat dulu akhirnya mendapat keputusan akhir master.

“Apabila orang cakap saya tak mampu melakukannya, saya percaya mereka dan saya bukan jenis yang akan membuktikan saya yang terbaik pada semua orang tetapi saya berusaha sedaya mampu,” tulisnya.

“Saya putus cinta ketika menyambung master. Itu menerangkan segalanya tentang saiz badan saya yang anda selalu sangat disebut-sebut tu.

Katanya lagi, dia melalui episod putus cinta ketika menyambung master sehingga berat badannya naik mendadak. Namun, Najwa berkata dia kembali bangkit untuk mengejar cita-citanya.

“Tapi, Tuhan berikan peluang untuk bernafas dan cuba jadi lebih baik lagi, keluarga yang percaya saya ketika saya tak percayakan diri sendiri,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*