Romantisnya Jalan Berdua Berpegang Tangan Sambil Menghayun Tangan Diikuti Ketawa Ceria

Pagi Tadi, Kamera sempat merakamkan gaya bersahaja dari Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika berjalan masuk ke Balairung Seri Istana Negara untuk istiadat pertabalan sehingga mencuri perhatian warganet.

BERPEGANGAN tangan sambil menghayun tangan diikuti ketawa ceria.

Rata-rata warganet gembira melihat kemesraan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimumah selain menyifatkan baginda berdua sebagai pasangan romantis.

Dari pengguna Twitter, Wan Hafiz menerusi ciapannya bersyukur dengan pelantikan baginda berdua sebagai pemerintah tertinggi di dalam negara.

“Alhamdulillah, saya sungguh gembira kerana mempunyai pasangan ini sebagai pemerintah negara. #dirgahayu Tuanku Sultan,” katanya.

Sementara itu, Anne Raashid berkata, pasangan muda seharusnya menjadikan baginda berdua sebagai pasangan contoh dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Itu (kemesraan baginda berdua) contoh kepada pasangan muda-muda, bagaimana sesuatu ringkas boleh membuatkan anda gembira selagi ada rasa cinta di dalam hati.

“Tidak perlu mengungkapkan kata saya cinta padamu atau saya cinta kamu,” katanya.

Selain Itu, pemilik akaun Twitter snriset pula menyifatkan kemesraan dipamerkan baginda berdua ibarat pasangan yang baru bercinta.

“Saya rasa seperti tengok pasangan pertama kali bercinta,” katanya.

Pemilik akaun Ezypepper pula teruja kerana berpeluang menyaksikan kemesraan baginda berdua pada hari cukup bersejarah.

Tambahnya lagi“Pasangan yang comel. Saya gembira kerana masih hidup pada waktu ini dan dapat menyaksikannya. Sesuatu yang boleh saya kongsikan nanti bila sudah tua dengan anak cucu,” katanya.

Al-Sultan Abdullah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam istiadat yang berlangsung penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu, hari ini.

Istiadat gilang-gemilang mengangkat kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Negara itu bermula 10.45 pagi sebaik Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah berangkat masuk ke Balairung Seri, Istana Negara bagi memulakan istiadat.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari lalu

Terdahulu, Sultan Abdullah, melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan pada 6 Januari lalu.

Lihat rakaman yang sempat dirakaman

Dirgahayu Tuanku! Merafak Sembah Menyembah Ucapan Tahniah!! Daulat Tuanku!!

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*