“Tak Baik, Tak Adil Pu kul Rata Macam Tu”; Apa Hal Dengan ‘KelantanKindness’

BANYAK kisah tul4r mend4kwa orang Kelantan peng0t0r, lelaki pem4las, sikap berpu4k-pu4k dan yang terbaharu kes pij4k al-Quran serta berg4duh antara punca negeri ini dilabelkan t3ruk oleh segelintir masyarakat di negara ini.

Namun satu tweet yang dimuat naik oleh pendakwah popular Ustaz Ad-Dien pada Isnin membuktikan tidak semua masyarakat memandang h1na kepada rakyat Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Ad-Dien atau nama sebenar Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir  memuat naik status: “Selalu tengok orang sebarkan kebenc1an seluruh negeri Kelantan kalau ada kes jen4yah or isu vir4l. Tak baik & tak adillah pukul rata macam tu. Saya percaya ramai kawan-kawan Kelantan yang baik. Reply tweet ni dan kongsikan pengalaman baik mereka #KelantanKindness.”

Tanda pagar KelantanKindness itu lantas trending dengan lebih 18,000 ribu tweet pada Selasa.

Status terbaharu Ad-Dien mengenai #KelantanKindness.

Menurut Ad-Dien dalam satu lagi statusnya, dia tergelak kecil apabila ramai orang Kelantan dan mereka yang lain terkejut #KelantanKindness menjadi trending No.1.

Tweet Ad-Dien itu juga menjadi tular dan mendapat pelbagai komen positif daripada mereka yang berkongsi pengalaman mengenai rakyat Kelantan.

Sebahagian daripada pengalaman netizen berkawan dengan orang Kelantan.

“Sebab sebelum ini kalau trending kene kutuk je. Jadi ini adalah saat bersejarah lah kot? Alhamdulillah.”

Rata-rata netizen turut memuji apa yang diluahkan Ad-Dien ini dengan memberi perasaan positif kepada semua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*