Terkesan Dengan Perpisahan Rakan, Wanita Ini Beri ‘Hint’ Masalah Sebenar Yang Melanda Fizo Dan Mawar

Pelakon Fizo Omar akui episod perc3raiannya dengan Mawar Karim adalah satu permulaan dan bukannya pengakhiran dalam hidupnya. Menurut Fizo, ia permulaan fasa baru dalam hidupnya untuk membesarkan satu-satunya anak mereka Wan Maryam sebagai ibu bapa yang bukan lagi suami isteri. Tambah Fizo lagi, punca perceraian mereka bukan kerana berlaku perbalahan sebaliknya dia akui datang dari kelemahan diri masing-masing. Fizo berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya selepas menceraikan Mawar dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada pagi Rabu.
Kemas kini itu mendapat pembagai reaksi daripada netizen termasuk yang mendoakan agar mereka kembali bersatu.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Berikut status terbaru Fizo di IG selepas mereka disahkan b3rcerai

IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN.

“Terima kasih sya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk sya dan Mawar.Segala penulisan yg positive dr kawan media dan komen2 yg positive dr netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami.

Apa yg berlaku diantara sya dan Mawar ini adalah dgn izinNYA.setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dgn cara baik.sesiapa yg berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan Allah utk kita adalah yg terbaik.saya terima dgn takdir ini dan sya percaya Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.dan kita sbgai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yg positive dan jgn sesekali bersangka buruk kpd takdirnya.

Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah,Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat.

Pada sya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak.

Sya akan sentiasa doakan yg terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripda anda semua yg berterusan utk kebaikan kami.”

Sebagai seseorang yang mengenali Fizo dan Mawar, perpisahan mereka pastilah memberi sedikit kesan emosi kepada individu ini. Melalui Facebook, dia telah meluahkan perasaan sebaknya serta mendedahkan sikap baik Fizo Omar yang ramai tak tahu.

Terkesan Perpisahan Rakan, Wanita Ini Beri Hint Masalah Sebenar Fizo Mawar

Nasihat itu seolah-olah memberi gambaran bahawa masalah dihadapi Fizo dan Mawar sehingga menyebabkan rumahtangga mereka berakhir adalah mempunyai kaitan dengan campur tangan keluarga mereka.

Fizo ni sebelum apa2, dia dahuIukan solat

“Dua-dua mereka ini personally bagi Fara adalah orang yang sangat baik. Beradab, sopan dan humble walaupun masing-masing ada harta.Kalau waktu jumpa abang Fizo ni, mesti sebelum buat kerja apa-apa, dia akan dahulukan solat. Gigih siang malam usaha cari duit. Walaupun sebusy mana, dan tak pernah berkira kalau nak tolong orang walaupun kita ni nobody saja”

Bila anak dah berkahwin, jangan sesekali campur tangan

Dalam pada itu wanita bernama Liyana Farahin ini sempat juga menitipkan nasihat daripada seorang Syeikh ini yang sering menjadi panduan hidupnya.

1. Bila anak-anak sudah besar dan dewasa, berikan mereka ruang dan kebebasan. Kita sebagai parents hanya boleh bagi nasihat tapi bukan memaksa tak tentu pasal.

2. Jika anak-anak melakukan kesalahan atau kesilapan dalam hidup, support mereka dan biarkan mereka ambil tanggungjawab dan bangun balik, belajar dari kejatuhan diri sendiri. Dengan cara ini mereka jadi independent. Seperti ketika kecil kita biarkan anak jatuh ketika ingin berdiri dan bangun sendiri, hanya dengan cara ini mereka mampu berjalan sendiri.

3. Hidup dan pilihan anak-anak yang sudah dewasa, kita sebagai parents tak seharusnya nak tentukan apa-apa, biarlah mereka dengan haluan masing-masing. Asalkan tidak bertentangan dengan agama.

4. Bila anak sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri, jangan sesekali campur tangan dalam rumahtangga mereka kerana itu boleh berakhir dengan penceraian.

5. Apa yang elok bagi kita, tak semestinya elok bagi anak-anak. Apa yang berlaku pada kita, jangan dipaksakan pada zaman anak-anak. Hidup mereka biarlah mereka yang pilih. Zaman sudah berubah, cara pun sudah berubah.

6. Jangan dihimpit, jangan dipaksa, jangan main mainan emosi kerana tiada yang menderita melainkan anak-anak jua.

Kini tinggal kenangan: Gambar  saaat2 bahagia Fizo dan Mawar

Terdahulu, Mawar juga ada menyatakan bahawa keputusan berpisah ini adalah satu pengorbanan terbesar dalam hidupnya demi kebahagiaan Fizo sekeluarga dan bagi Fizo pula, rasa sayangnya pada Mawar masih lagi ada. Fizo juga menyatakan bahawa perpisahan mereka berlaku atas persetujuan dua pihak tanpa sebarang perbalahan.

Sumber: FB Nur Liyana Farahin, IG Fizo Omar

Moga Allah memberikan hikmah dan kebaikan kepada pasangan ini dan kesabaran untuk sembuh. Allah jualah yang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*