[Video] King Coco Dijemput Jadi Speaker Di Universiti Bhosporus, Turki

Rasanya sudah lama tak dengar cerita mengenai Instafamous King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail. Dalam diam, baru-baru ini King Coco telah dijemput sebagai speaker jemputan di sebuah pusat pengajian tinggi di Turki.

Menerusi entri tersebut, Coco berterima kasih kepada pihak universiti kerana menjemputnya untuk berkongsi pengalaman hidup serta mengucapkan syukur kepada Allah di atas momen cukup bermakna itu.

Apa yang menjadi perhatian, Coco juga turut berkongsikan videonya sedang berucap di hadapan sebilangan pelajar di universiti berkenaan dalam bahasa Inggeris yang lancar.

“Alhamdullilah perancangan Allah swt itu hebat. Ada benda yang harus aku tunggu, bukan semua datang sekelip mata,” tulisnya.

Dalam pada itu, King Coco turut memuat naik beberapa status di Insta Story sepanjang berasa di pusat pengajian berkenaan. Apa pun tahniah diucapkan buat King Coco.

Video:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*