Akhirnya Dian PRamlee B0ngkar Identiti The Only One Yang Selama Ini Disangka Dirinya Janda

Safarina binti Mum atau lebih dikenali sebagai Dian P. Ramlee merupakan seorang pelakon wanita di Malaysia. Beliau merupakan anak angkat kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Figura bintang senior, Dian P.Ramlee sering kali dilihat menerusi drama-drama tempatan sejak sekian lama. Bagaimanapun tidak dinafikan, bintang yang satu ini jarang sekali berkongsi sisi peribadi, apatah lagi bercerita mengenai kisahnya sekelurga.

Bagaimanapun, tidak lama dulu menerusi Instagram, Dian ada berkongsi foto lama eksklusif yang dirakamkan bersama suami, Md Amanti Ahmad.

Dian P. Ramlee atau nama sebenarnya, Safarina Mum tampil memperkenalkan suaminya yang dikahwini sejak 38 tahun lalu.

Semoga berbahagia dan berkekalan selalu

Sumber: MH

Pelakon ini tidak pernah menimbulkan kontroversi mahupun cerita panas sepanjang kariernya dalam bidang lakonan.

Namun begitu, masih ada yang salah anggap dan mempercayai berita yang salah tentang dirinya.

Menerusi entri yang dimuat naik pelakon itu di Instagram miliknya, Dian P. Ramlee atau nama sebenarnya, Safarina Mum tampil memperkenalkan suaminya yang dikahwini sejak 38 tahun lalu.

“Ni la suami mummy, dari dulu sampai la sekarang…the only one, masih lagi bersama.

“Kami berkenalan umur mummy 19 tahun. Umur mummy 20 tahun, kami bertunang.

”Mummy menikah 23 tahun pada 28 September 1981. Alhamdulillah, masih bersama hingga la hari ini,” tulis Dian.

Pelakon berbakat yang mula terlibat dalam dunia seni sejak tahun 1977.

Ujar Dian, meskipun dirinya seorang yang low profile dan tidak suka terlalu mendedahkan kehidupan peribadi, masih ada yang suka menimbulkan info yang salah.

“Mummy seorang yang konservatif, tak suka dengan gosip dan publisiti.

“Dalam macam tu pun orang bercerita, kononnya mummy ni kahwin dua kali atau pun janda sekarang ni.

“Padahal mummy masih lagi bersama suami. Nanti raya, mummy akan upload gambar terbaru keluarga,” tulisnya lagi.

Dian P. Ramlee memulakan karier seninya pada tahun 1977. Pada tahun 1979, Dian turut terlibat dalam filem Kisah Seorang Biduan, yang dibintangi Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin. – MHE TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*