Apa Sudah Jadi Tak Pernah Pernah Umie Aida Nih

Pelakon Datin Seri Umie Aida ada yang ketika ini sedang berada di tanah suci bagi menunaikan haji bersama jemaah lain ada berkongsi fotonya bersama suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Jarang sekali memuat naik foto bersama, posting yang dibuat bintang yang baru mengambil anak angkat ketika ini cukup mencurri perhatian. Ramai terharu dnegan kemuliaan hati beliau kerana sanggup mengambil anak angkat.

Kini foto bersama suami membuatkan peminat mendoakan kebahagiaan buat mereka & mengukuhkan hubungan sehingga ke akhir hayat

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat dan rakan selebriti tidak melepaskan peluang menitipkan sesuatu buat pasangan ini.

Umie bernikah dengan ahli poIitik Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sembilan tahun lebih tua darinya pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Harram Mekah.

Pernikahan dan perkahwinan ini mendapat liputan meluas media termasuk majlis resepsinya yang berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama.

Rata-ratanya mendoakan agar mereka dikurniakan haji mabrur serta dipermudahkan segala urusan.

Sumber ; MH & Instagram Datin Seri Umie Aida

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*