Bakal Bertunang Pada Ogos Ini Identiti Bakal Tunang Syazwan Zulkifly, Bukan Calang Calang

Pelakon Syazwan Zulkifly akhirnya mendedahkan dia bakal mengikat tali pertunangan bersama seorang pramugari pada 31 Ogos ini. Mereka dikatakan hampir empat tahun menjalinkan hubungan cinta,

Syazwan, 32, berkata, dia terdetik hati untuk mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita bernama Syawalriah Zulkifly, 32, sementara ibu bapanya masih sihat. Selain itu dia tidak mahu menunggu lama memandangkan umurnya juga semakin lanjut.

“Sebelum ini pun saya serius tapi kalau dah tiada jodoh nak buat macam mana? Saya kenal dia sudah lama, mak ayah dia pun saya sudah kenal dan umur saya pula semakin tua… saya rasa sudah tiada apa yang nak ditunggu lagi.”

Tambah beliau lagi,“Sebenarnya saya memikirkan ibu dan ayah saya. Mereka juga sudah tua jadi sementara mereka masih sihat lebih baik saya selesaikan mana yang patut,” katanya kepada mStar.

Syazwan ditemui wartawan pada majlis pratonton filem Warkah di eCurve, Petaling Jaya pada Rabu. Bercerita mengenai wanita Syawalriah, Syazwan menyifatkan teman wanitanya itu seorang yang sempoi dan sangat memahami diri serta kerjayanya.

“Saya sudah lama mengenalinya, dikatakan hampir 10 tahun dan asalnya kami hanya berkawan. Dia seorang yang sangat memahami diri saya. Kami berkawan sudah lama jadi soal kerja atau gosip yang mengaitkan saya semua dia tahu. Kalau saya kerja balik pukul 2 hingga 3 pagi pun saya tak perlu nak jelaskan.

Ucap beliau lagi “Soal bertunang itu saya tak pernah plan atau ready. Pada saya apabila sudah tiba masanya, kita teruskan sahaja. Lama atau tidak bertunang, ia terpulang kepada kami untuk ‘bawa’ ia,” katanya.

Syazwan bagaimanapun berkata, dia belum memikirkan tempoh bertunang sebelum ke fasa seterusnya dan akan memaklumkan kelak apabila sudah bersedia. Sebelum ini Syazwan pernah bercinta dengan bekas personaliti Astro iaitu Shenty Feliziana namun hubungan itu tidak panjang.

Semoga kalian berdua cepat di ijabkabulkan!!

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber:rimbabara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*