Berhubung Lagi Bella Astillah Mengaku Masih Contact Aliff Aziz Apa Pun Terjadi Dia Tetap Bapa Ayden

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengakui dia masih lagi behubung dengan bekas suaminya, Aliff Aziz. Semuanya dilakukan bagi memberitahu serta perihal perkembangan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean. Bella ketika ditemui MH pada majlis pelancaran single Stralela di Red Box Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur menjelaskan, dia berbuat demikian kerana mahu hubungan anak dan bapa sentiasa utuh. 

“Kami saling berhubung juga untuk mengetahui perkembangan anak kami. “Tak salah untuk kami berbuat demikian (menghubungi) kerana Alif bapa kandung Ayden juga,” kata Bella kepada MH.

Dalam pada itu, Bella atau nama penuhnya Dayang Nazilah Awang Astillah tidak menafikan ada memberikan kata-kata semangat buat bekas suaminya itu.

“Jika sebelum ini saya yang menguruskan Ayden, jadi selepas terjadi situasi begini, (bercerai), secara tidak langsung dia (Aliff) akan berasa kekok. “Dalam masa sama, saya faham situasi dia dan sentiasa berikan kata-kata semangat kepadanya,”kata Bella jujur.

Malah, ibu tunggal ini turut akui dia bersimpati dengan nasib yang menimpa Aliff apabila ramai yang mengecam dan memberikan komen negatif buat penyanyi Sayang Sayang itu.

“Ada masanya saya juga bersimpati dengan nasib yang menimpa dia dan berharap agar dia kembali bersemangat dan bangkit semula. “Saya juga pernah cakap dengan dia jangan berputus asa kerana dia masih mempunyai ibu bapa dan keluarga yang sentiasa ada dibelakangnya,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan sah bercerai dengan talak satu pada 16 Mei 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 2 tahun. Dalam perkembangan lain, Bella berkolaborasi dengan Ifa Raziah dan Zizi Kirana menyanyikan lagu tema Festival Beli Belah Star Vendors. Selepas kejayaan Star Vendors di PWTC, Mei lalu, kali ini festival beli-belah itu akan berkunjung ke Sabah pada 3 dan 4 Ogos depan.

Apa Kata Anda

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @Anything

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*