Buat Pertamakalinya Ini Alyah Dedahkan Hubungan Dirumah Bersama Tok Ram

Penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan baru-baru ini telah melancarkan muzik video untuk lagu single terbarunya, Meluruh.

Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Alyah dilihat cukup konsisten dalam mempersembahan muzik video berkualiti terhadap single-single yang dinyanyikannya.

Lalu selain berkongsi mengenai sisi kerjaya, bintang ini buat kesekian kali tetap akan ditanya mengenai sisi peribadi, terutamanya hal melibatkan suami, Datuk Ramli MS.

Meski sudah berikan penjelasan tetap ada segelintir netizen yang memberikan spekulasi terhadap rumah tangga Alyah bersama suaminya yang dikatakan kian renggang.

Ini kerana penyanyi berusia 38 tahun itu semakin jarang berkongsi momen bersama suami di laman media sosial.

“Sebenarnya saya dari dulu lagi, dari zaman bercinta lagi memang jarang nak kongsi foto sama di sosial media. Kalau ada pun, memang jarang.

Cuma kebelakangan ni saya akui agak kurang untuk kongsi fotro bersama kerana masing-masing kesebukakn urusan.

“Saya dengan Datuk Ramli okey jer, tak ada masalah. Ada juga peminat yang jumpa kami berdua di luar. Alhamdulilah sehingga kini kami okey,” kongsi Alyah kepada wartawan.

Tambahan pula saya rasa Tok Ram ni pemalu, jadi kurang lah nak share post kat media sosial.

Ada ketikanya bila nak ajak selfie kat rumah sama-sama saya tak pakai tudung pula. Jadi sudahnya saya tak boleh nak kongsilah benda-benda macam tu dekat peminat.

 

 

 

Alyah anak kelahiran Gelang Patah, Johor ini ditemui oleh warawan MH di majlis pelancaran muzik video untuk lagu single terbarunya itu di TGV 1 Utama, Bandar Utama, beberapa minggu yang lalu.

Rakaman muzik video ini diarahkan oleh pengarah hebat, Ghaz Abu Bakar dan telah menampilkan pelakon hebat seperti Aprena Manrose dan Amerul Affendi. Sumber: Jutawan

“Saya tak pernah ada impian dan keinginan langsung untuk menyukainya malah saya tak pernah terfikir pun.”

Penyanyi Datin Alyah dedahkan dia tidak pernah mencipta impian untuk hidup bersama maestro muzik terkenal Datuk Ramli MS atau lebih popular disapa Tok Ram.

“Tetapi Allah aturkan saya berjumpa dia semula selepas kali pertama bertemu ketika saya menjadi penyanyi ganti di sebuah kelab dan akhrinya dia menjadi suami saya. 

Setiap inci dalam diri Ramli kata Alyah tidak pernah disukainya malah pelantun lagu Kisah Hati itu pun pelik bagaimana mereka boleh bersama.

“Saya memang tak menggemari setiap inci pun Tok Ram, sampai hari ini pun pelik. 

“Tetapi saya percaya Allah ada perancangan terbaik yang saya tak tahu, saya go with the flow,” kata Alyah ketika temu bual bersama DJ Nazz dalam segmen BegituBegini Gegar.

Kata Alyah lagi, Dia tidak menolak perbezaan usia 20 tahun juga membuatkan dia bercanggah pandangan dengan Tok Ram dan menyifatkan ia sebagai pasang surut kehidupan berumah tangga.

Biarpun begitu, tambah Alyah, suaminya memiliki kualiti yang menambat hatinya untuk bersama.

“Istimewanya Tok Ram apabila dia boleh melayan budak kecil walau anak saudara saya,” ujar Alyah.

Datin Alyah dan Tok Ram berkahwin pada 18 Mac 2013 di Indonesia secara rahsia.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: jutawan
 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*