Dia Pernah Menjadi Bapa Saya Namun Esoknya Dia Hilang

Baru Baru ini, memuat naik sau perkongsian, pelakon Datin Diana Danielle mengenai kisah hidupnya yang dibesarkan tanpa kasih seorang bapa mendapat simpati pada warganet. Menurut Diana, 28, walaupun hanya sempat menumpang kasih dalam waktu singkat, dia tetap mendoakan yang terbaik untuk bapanya itu.

“D (Diana) sekejap sangat rasa kasih sayang seorang ayah, sampai sekarang walaupun dia tahu saya wujud… dia masih cuba untuk lupakan yang dia adalah ayah saya dan darahnya mengalir dalam badan saya.

“Itulah takdir, itulah kehidupan. Walau apa yang berlaku, saya akan sentiasa mendoakan untuk ayah saya kerana dia tetap ayah saya,” katanya.

Isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil ini berkongsi luahan tersebut di Instagram pada Isnin. Sementara itu, Diana berkata dia tidak mengetahui mengapa bapanya enggan menemuinya.

“Dia pernah ada dalam hidup saya, dia pernah menjadi bapa saya namun esoknya dia hilang. Saya terima hakikat itu sekarang… tapi kenapa?

“Tak tahu bagaimana rasa s4kitt itu kerana anda mengharapkan dia kembali dan bawa semua kes4kitan berkenaan. Tapi tak mengapa, Alhamdulillah dengan kehidupan saya sekarang walau tanpa kehadiran dia. Bukan saya yang tak nak jumpa, dia yang tak nak,” jawab Diana pada salah satu komen pengikut.

Di dalam perkongsian tersebut, Diana tetap bersyukur dikurniakan seorang ibu, Norsiah Ramli yang bertanggungjawab dan sentiasa berada di sisinya sejak kecil hingga sekarang. Ada juga pengikut IG beliau berkongsi cerita yang sama perjalanannya seperti beliau didalam IG beliau mengenai isu tersebut.

Antara Komen Balas dari Warganet dari Status Tersebut

“Ayah sy pun masih hdup. Tiap kali sy call bertanya khabar x terjawab dek dirinya hanya segera utk memutuskan perbualan. Saat utk bernikah hanya pelepasan akad di buat pd tuan kadi.. dirinya tiada. Tp sy doakan semoga Allah berikan beliau hidayah utk kembali mengasihi kami ank2nya..”

“I feel you sis..i xpnh jmpa my dad..tautau dh meninggal thun 2008…my real mom pon xpnh jmpa..dbsarkan oleh family angkat alhamdulillah everything went well wlpon i major depressive disorder..regularly taking my medicine just to make sure im okay..you’re strong kak D”

“Be strong and keep praying for him. Dia ada alasan tersendiri kenapa dia bertindak macam tu. Doakan yg baik². Semoga satu hari nanti terbuka hatinya utk jumpa anak menantu dan cucu. D, bina keluarga acuan tersendiri disuntik dgn kasih syg tidak berbelah bagi. Semoga jadi contoh terbaik. InSyaAllah.”

“Mungkin dalam hati dia, ada rasa bangga mempunyai anak yang cantik dan bijak macam D, mungkin ada sesuatu yang menghalang untuk dia merapati D secara dekat.”

Malah itu juga, kehadiran Farid sebagai suami kepada dua cahaya mata mereka membuatkan kehidupannya lebih bermakna dan bahagia.

“Saya syukur ibu saya masih hidup, dia yang k0rbankan segalanya untuk saya. Dialah teman, dialah pembimbing dan saya syukur ada suami yang sayang anak-anaknya seluruh jiwa raganya.

“Mereka dapat rasa gomolan seorang ayah, teguran dan kasih sayang. Masa akan berlalu dengan pantas, semoga hubungan ini akan buat anak-anak kita tak lekang doa di bibir bila kita tak ada nanti,” ujarnya.

Terdahulu, Diana di ijabkabulkan dengan Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad yang kini berusia enam tahun dan Nur Aurora berumur empat tahun.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: Rimbabara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*