Doakan Pak Cik Jual Ikan Masin Ini Sentiasa Sihat Dan Diberikan Kekuatannya Untuk Mencari Rezeki

Ramai di antara kita sedia maklum bahawa rezeki, jodoh, ajal dan pertemuan sememangnya sudah ditetapkan sejak dari Luh Mahfuz lagi oleh Sang Pencipta. Sebagai manusia, semestinya semua punyai impian untuk dikurniakan kehidupan yang bahagia dan rezeki yang banyak.

Telah tercatat bahawa setiap individu itu jalannya berlainan, cara ia memperoleh rezeki itu pun tidak sama. Apa yang pasti, semua perlu lah berusaha, redha dan tawakal untuk mendapatkan rezeki yang berkat dari yang maha esa.

Kisah seorang warga emas berusia 64 tahun yang berjalan ke sana ke mari menjual ikan masin. Cerita mengenainya pernah tular di media sosial sebelum ini di mana dia menceritakan kisah hidupnya yang meredah perjalanan sejauh 100 kilometer menaiki bas menuju ke Melaka Sentral semata-mata untuk kehidupannya dan mencari rezeki yang halal.

Di ketegorikan sebagai warga emas, Pakcik ini dikenali sebagai ‘Pakcik Jual Ikan Masin’ atau nama sebenarnya Md Zin Ahmad sebenarnya berasal dari Bukit Pasir, Muar, Johor dikatakan dia akan membawa kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperolehinya dari Parit Jawa, Muar.

Baru tadi, nama pakcik itu mula disebut kembali apabila seorang gadis memuatnaik status tentang pertemuannya dengan pakcik itu. Menurut Aina Wardina, dia berjumpa dengan pakcik itu pagi semalam ketika dia menyertai sebuah acara larian sempena kemerdekaan di Dataran Pahlawan.

Selepas dia selesai berlari, Wardina dan beberapa orang rakan telah duduk di bawah khemah depan pentas sambil menunggu majlis perasmian bermula. Secar tak disangka, tiba-tiba muncul seorang pakcik tua yang berjalan ke arah mereka membawa bungkusan ikan masin yang banyak untuk dijual. Pakcik itu menjual 3 bungkus ikan masin dengan harga RM10.

Perasaan Wardina berasa sebak waktu menyaksikan pakcik itu berjalan sekitar kawasan dataran itu namun tidak dihiraukan oleh orang yang berada disekitar.

Saya kesian jugak sebab semua tak layan pakcik tu, banyak kali dia pusing tempat yang sama. Sampai satu tahap dia macam jerit-jerit nak orang beli. Mungkin dia sudah penat!

Tambah beliau “Kesian jugalah sebab dia jalan kaki waktu tengah panas sampai baju dia basah habis. Hari-hari dia dekat dataran pahlawan melaka”

Statuss Wardina ini telah mendapat lebih dari 15.5k ulang kicau itu ternyata meraih pelbagai reaksi dari warga twitter. Mereka sebak tatkala memikirkan walaupun dengan usia tersebut, pakcik itu masih tegar berusaha mencari rezeki untuk dirinya dan isteri yang terlantar sakit.

Malah ramai yang mendoakan kesihatan pakcik itu dan moga dia terus dimurahkan rezeki.

Tidak kurang, ramai yang mengaku bahawa mereka pernah bertemu dengan warga emas berkenaan.

Dari tahun 2016 masih mencari rezeki di sana

Pernah bertemu dia di Melaka Sentral

Dulu waktu jumpa, selalu berikan sedekah kepada pakcik tu

Dari tahun 2012 lagi nampak dia jual ikan kering, sampai sekarang masih meniaga semata-mata untuk cari rezeki

Semoga pakcik yang gigih ini dimurahkan rezekinya setiap hari serta diberikan kesihatan yang baik unuk meneruskan kehidupanya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber kecohbetu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*