Haneesya Hanee Jawap Dengan Tenang Selepas Orang Ramai Beri Pandangan Tentang Lututnya

Lambakan produk-produk kecantikan yang ada di Malaysia telah banyak mempromosikan tentang kecantikan seseorang wanita itu adalah terletak pada warna kulitnya.Semakin putih wanita itu, semakin cantik dia di mata masyarakat kita.

Barfu baru ini bagi model, pelakon dan Finalis Dewi Remaja Haneesya Hanee, itu antara stigma yang disuapkan kepada masyarakat yang menjadi cabaran kepadanya ketika mula-mula melangkah masuk ke bidang streotaip itu kerana fizikalnya yang berkulit gelap.

Nama pelakon dan model Haneesya Hanee tiba-tiba menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik foto di Instagram (IG)nya awal pagi tadi. Foto Haneesya mengenakan dress pendek paras peha dan jaket putih itu disertakan kapsyen mengenai dirinya yang kurang berkeyakinan dengan bahagian lutut sendiri.

Jawap Haneesya “Tahu tak dalam gambar sebelum ini, saya tak yakin dengan lutut sendiri. Ya, sebagai manusia biasa saya juga ada rasa tidak yakin pada diri walaupun sentiasa dilihat konfiden oleh semua orang.”

“Sebelum Ni Edit Lutut Sebab Tak Yakin, Nak Kecam Silakan” – Haneesya Hanee

Katanya lagi “Disebabkan itulah, saya telah edit gambar pada bahagian lutut sebelum ini. Saya perlu melawan rasa tidak yakin dan rasa kekurangan itu, untuk kembalikan rasa konfiden.

“Saya dah tak kisah…Edit kena kecam, tak edit pun akan kena kecam. Jadi, silakan!,” tulisnya lagi.

Kesilapan Haneesya ialah dia telah membuka ruang untuk warganet mengeecam nya, oleh sebab itu lah warganet tidak membuang masa dan terus mencemuh bahagian lututnya yang agak gelap itu.

Bagaimanapun, ada di kalangan yang mencaci Haneesya masih ada yang memuji beliau atas keberanian pelakon berwajah e x0tic itu.

Kata mereka, Haneesya telah membuatkan dirinya berasa lebih yakin dan tidak berasa malu lagi dengan kelemahan yang dimilikinya.

Bagaimanapun, posting yang telah dimuat naik iu telahpun dipadam oleh Haneesya.

Hampir tiga tahun menceburi bidang peragaan dan lakonan, Haneesya mengakui bahawa itu adalah lumrah yang dihadapinya, bukan sahaja dari pandangan malah hampir setiap hari dia menerima mesej kecaman warna kulit.

Baru-baru ini pelakon drama popular ‘Cik Reen Mr Ngok Ngek’ ini didatangi lagi mesej berbaur hinaan dari seorang remaja wanita belasan tahun.

“Gadis yang DM Hanee itu masih budak dan dia pun saya tengok bersukan serta berkulit gelap. Saya sedih dia mengeluarkan kata kata seperti ‘Hitam macam orang Afrika’, dia seorang wanita dan dia mengutuk wanita yang lain pada umur yang masih muda,” jelasnya kepada Astro AWANI.

Bagi Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, peng hin4an yang diterimanya bermaksud mereka juga menghina ciptaan Allah swt.

Tidak mudah kecewa, Hanee menggunakan kata-kata itu sebagai satu semangat untuk dia mencapai apa dicita-citakan.

Dalam masa yang sama, Hanee yang baru berusia 18 tahun juga membawa solidariti kepada wanita-wanita yang ‘dibuli’ stigma masyarakat di Twitternya.

Jelas Hanee, itu antara usaha yang dia lakukan demi memberi motivasi kepada ramai wanita untuk tidak terus berasa murung sebaliknya bangkit dan yakin bahawa apa pun warna kulit dan paras rupa punya kecantikannya yang tersendiri.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: Monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*