Masih Kecil Tapi Berani Minta Gambar Payud4ra Zizi Kirana

Sebut sahaja nama penyanyi Zizi Kirana, pastinya perkara pertama yang terlintas di fikiran ramai adalah imejnya yang sek$i. Pun begitu, Zizi Kirana yang juga kini lebih dikenali sebagai penyanyi rap meminta netizen tidak berfikiran kot0r setiap kali melihat imej sek$inya di laman sosial.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizi Mohd Tahil, 33, netizen sebaliknya perlu membersihkan hati mereka sebelum bertindak menghentam dan meninggalkan komen-komen bersifat penghinaan.

”Sebenarnya bukan pakaian saya bermasalah tetapi jiwa mereka. Sepatutnya mereka betulkan hati dahulu sebelum tegur imej saya.

”Jangan nak sakit jiwa sangat,” katanya kepada mStar.

Zizi tidak pernah terfikir untuk mendedahkan identiti individu yang meminta gambar luc4h darinya.

Dalam pada itu, penyanyi Nak Ke Tak Nak ini berkata, meskipun sering diganggu dengan perkara luc4h di laman sosial, dia tidak pernah terfikir untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

”Sampai sekarang pun saya masih diganggu dengan benda-benda luc4h. Budak-budak sekolah yang masih minta duit mak ayah untuk beli topup berani minta saya gambar payud4ra.

”Tetapi saya rasa tak perlu sampai nak dedahkan siapa mereka kerana tak mahu sampai memalukan. Tak dinafikan netizen kalau komen seolah-olah mereka maha benar… semua benda mereka nak kritik.

”Pada saya, lebih baik biarkan sahaja komen-komen itu. Kalau sekat pun akan ramai lagi yang komen bukan-bukan,” katanya.

Gambar Zizi bersama adik beliau
Sekilas info tentang Zizi Kirana

Nama popular: Zizi Kirana

Tarikh lahir: 23 Januari 1985

Umur: 34 tahun

Tempat lahir: Semporna, Sabah

Pekerjaan: Penyanyi, pelakon dan produser

Label: Mixology Music

Media sosial: Instagram @zizi_kirana
Fakta Menarik tentang Zizi Kirana

1. Dikenali kerana sering tampil berimej sek$i.

2. Bakatnya dikesan selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh meskipun gagal bertahan sehingga ke peringkat akhir.

3. Pada hujung tahun 2009, Zizi mengembangkan kerjaya seninya sebagai salah seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats (TFC) yang memperjuangkan muzik hip hop, diketuai oleh bintang hip hop ternama, Cat Farish.

4. Beberapa tahun kemudian, Zizi yang dikenali sebagai Zizi The Faboulous Cats itu akhirnya bertindak menukar nama pentasnya kepada ‘Kirana’ selepas menganggotai kumpulan baharu, Nukilan yang ditubuhkan pada 16 Januari 2015, di bawah label Qarmal Music milik penyanyi rap terkenal, Malique.

5. Kemudiannya, sekali lagi Zizi menjenamakan semula nama pentasnya kepada ‘Zizi Kirana’ dan kini tampil sebagai penyanyi solo pula.

6. Difahamkan, beliau masih lagi berhubung dengan Cat Farish yang pernah bertanggungjawab menggilap bakatnya di awal karier, meskipun tidak lagi bersama dengan TFC.

7. Zizi kemudiannya memberanikan diri menyertai pertandingan realiti Dangdut Academy Asia 2 (DAA2) yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada hujung tahun 2016 walaupun gagal menempatkan diri ke pusingan akhir.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. @Anything

Sumber: mstar, iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*