Nina Iskandar Beri Penjelasan Kemelut Dengan Bekas Isteri Suaminya

Ketidak setiaan si suami menyebabkan hati seorang isteri terlukaa dan anak-anak sendiri menjadi krban. Kalau cvrang punca pencer4ian, kita selalu menyalahkan si perampas suami orang itu.

Kisah Kemelut di antara pelakon Nina Iskandar dan bekas isteri suaminya seperti belum berkesudahan walaupun aktres itu sudahpun pun mendirikan rumah tangga pada April lalu.

Status Mahligai cinta yang dibina bintang drama bersiri Andainya Takdir ini mendapat reaksi pelbagai sekali gus mencetus pertanyaan ramai, bila mana ada yang mendakwa, Nina seakan-akan merampas suami orang.

Tuduhan kononnya Nina sebagai punca kepada Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah dan bekas isterinya kembali menjadi buah mulut netizen sehingga aktres ini tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

Tampil beri penjelasan, pelakon kelahiran asal Brunei ini ada memberi penjelasan mengenai perkara tersebut bersama pengikutnya menerusi InstaStory miliknya, meneruswi persoalan yang ditanya secara berhemah oleh seorang pengguna Instagram.

Susulan itu, Nina mengadakan sebuah sidang media khas menafikan perkara berkenaan dan turut berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang menyebarkan fitnah itu.

Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 28, menyangkal tuduhan itu dan menjelaskan dia hanya menjalinkan hubungan serius selepas setahun selepas Lan dan bekas isterinya itu telah berpisah.

Jelasnya lagi, “Mereka dah lama ada masalah rumah tangga dan saya sendiri pun tak nak campur. Biarlah itu antara mereka. Benda dah lepas dah pun.

“Saya dan suami menjadi rapat dan kami serius hanya selepas semua itu terjadi. Soal jodoh ni rahsia Allah. Kita sebagai ciptaanNya susah nak cakap,” ujarnya.

“Awak tak kecam saya, jadi jangan risau awak takkan dikecam. Saya bersumpah dengan atas nama Allah S.W.T, semua dakwaan tu tidak betul sama sekali.

“Sebenarnya, suami saya dan dan bekas isteri sudah berpisah setahun lalu sebelum dia bertemu dengan saya lagi. Mereka sah bercerai pada Januari, bukan Februari.

“Mereka dah lama ada masalah rumah tangga mereka sendiri saya sendiri pun tak nak campur, biarlah itu antara mereka.

“Benda dah lepas dah pun. Saya dan suami, kami menjadi rapat dan betul-betul serius selepas perkara tersebut terjadi. Soal jodoh ni rahsia Allah kita sebagai ciptaanNya pun susah nak cakap.

“Anda berjumpa dengan seseorang hari ini dan boleh berkahwin pada hari esok, atau anda boleh ada dalam perhubungan selama 10 tahun tapi akhirnya tak jadi apa pun lepas tu,” tulisnya.

Selain itu, pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini turut meluahkan rasa kecewa apabila hal tersebut mula dibangkitkan kembali selepas majlis resepsi perkahwinannya berlangsung Ahad lalu.

“Cuma saya agak kecewa difitnah menjadi punca mereka (bercerai) seperti didakwa. Walhal bukti semua ada di dalam telefon bimbit suami saya tetapi kami tidak pernah pun mengaibkan. Kami cuma simpan segala bukti sekiranya ia amat diperlukan suatu hari nanti.

“Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa semua dakwaan itu adalah tidak betul sama sekali. Suami saya dan bekas isterinya sudah berpisah hampir setahun sebelum kami berjumpa dan mereka bercerai secara rasminya pada Januari lalu bukan Februari.

“Kalau dia betul dia tak akan keluarkan kenyataan seperti didakwa kemudian kenyataan kedua menafikan saya perampas dan ada salah faham. Selepas majlis resepsi saya minggu ini dia mula balik buat kecoh,” katanya.

Dalam pada itu, Nina yang berasal dari Brunei tetap dengan pendiriannya untuk menyaman beberapa pihak termasuk seorang jurusolek atas tuduhan yang dilemparkan dengan alasan ia telah menjejaskan reputasi dan kariernya sebagai seorang pelakon.

“Saya juga telah menghantar notis untuk menyaman beberapa pihak dan salah seorang daripada mereka merupakan jurusolek.

“Tetapi dia sendiri sudah mengaku bahawa dia telah diarahkan untuk membuat kecoh oleh bekas isteri suami saya.“Untuk pengetahuan anda, kes ini masih dalam proses dan perempuan itu senyap selepas kami menghantar notis. Saya rasa kami sudah cukup bertolak-ansur tetapi nampaknya dia mula ‘menyalak’ semula.

“Hati-hati dengan manusia terutamanya mereka yang licik. Mereka boleh memanipulasi segalanya. Kalau anda tak cukup bijak, anda akan percaya dengan penipuan mereka,” katanya.

Nina sebelum ini dikatakan telah mengenali Lan ketika terlibat dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi yang diarahkan Heykal Hanifah.

Nina mengejutkan industri hiburan apabila melangsungkan majlis resepsi yang berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras pada Ahad lalu selepas empat bulan bergelar isteri kepada Lan.

Vdeo Perkahwinan Mereka

Pada Mac lalu, Nina mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga pengarah berkenaan.

Lan sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pramugari dan bercerai pada Februari lalu setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: Monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*