Nora Danish sambut hari jadi anak kepada bekas isteri Nedim

Pelakon Nora Danish menyambut ulang tahun kelahiran anak kepada bekas isteri suaminya, Nedim Nazri iaitu Bee Khan.

Menerusi laman Instagram, Nora atau nama penuhya Nora Mohd Danish Hanif berkongsi posting ketika mengadakan majlis hari jadi anak Bee yang dipanggil sebagai Mica.

“Selamat hari lahir Mica. Semoga jadi anak yang soleh Terima kasih kerana menjemput kami, Bee & suami,” tulisnya.

Bagi yang tidak tahu, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan Bee pada 2011 namun mengambil keputusan untuk berpisah dua tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Nedrin yang kini berusia tujuh tahun.

Bee atau nama sebenarnya Nabilah Khan kemudian berkahwin dengan adik kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin iaitu Tengku Badrulhisham Baharuddin pada 2016.

Posting berkenaan ternyata mengundang perhatian ramai yang rata-rata bersyukur dan gembira melihat hubungan kedua-dua belah pihak kembali berdamai seperti biasa.

Alhamdulillah!

Sumber : Nora Danish

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*