Ramai Cemburu Lihat Keakraban Siti Aafiyah Dengan Perdana Menteri

Baru ini, telatah dan gelagat anak kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila kelihatan mesra dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir (Tun M) dan isterinya, Tun Siti Hasmah.

Ketika momen menarik itu sempat dirakam menerusi beberapa foto ketika Tun M dan isterinya berkunjung ke rumah Siti sempena sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari jadi mereka yang dianjurkan oleh penyanyi tersohor tersebut malam tadi.

Perkongsian itu dibuat menerusi beberapa entri di akaun Instagram milik Siti buat hiburan tatapan umum.

“Meraikan ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Terima kasih di atas kesudian Tun berdua ke teratak kami dan masa yang diluangkan amat kami hargai,” tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan tumpang berbangga selepas membaca berita gembira itu, ada juga antara mereka yang seolah-olah cemburu melihat ‘keakraban’ Aafiyah dengan Tun M.

“Tak aci lah Aafiyah kecil lagi dah dapat jumpa Tun berdua, acik ni dah tua pun tak dapat nak jumpa Tun.

“People that we adore in one picture.

“Tiga Siti bergabung.

“Alhamdulillah, bahagianya tengok orang-orang hebat ni,” tulis netizen.

Di dalam majlis itu, kediaman Siti dan suami Datuk Seri Khalid Jiwa dihias indah dengan sentuhan pereka hiasan dalaman terkenal Reka Teemor.

Dalam keraian itu juga, Siti dilihat menghadiahkan Tun M hadiah istimewa sementara Tun Siti Hasmah tidak melepaskan peluang menunjuk bakatnya menggesek biola untuk dipersembahkan kepada tetamu yang hadir.

 

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber:sinarviral.kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*