Tujuh Tahun Dirikan Mahligai Namun Kecunndang Jua

Baru Bar ini banyak perkara yang boleh menjadi punca percraian seperti kerjaya, penykit, keluarga dan yang sering terjadi ialah cvrang. Tidak kira sesiapa, kes cvrang boleh melibatkan semua orang termasuklah pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin dan kekasih yang sedang hangat bercinta.

Disini, persoalannya yang timbul adalah tentang wajarkah pelaku kes cvrang itu dibalas dengan tindakan terburu-buru sehingga mngakibatkan masalah yang lebih teruk akan terjadi.

Ikuti serba sedikit luahan si isteri yang sudah lama mendirikan rumahtangga tetapi si suaminya masih makan luar.

Kisahnya Bermula disiniu, Saya dan suami sudah 7 tahun berkahwin. Kami bahagia, dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 6 dan 4 tahun. Sepanjang tempoh perkahwinan itu, si suami baik sangat dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab zahir serta batin. Alhamdulillah. Anak-anak juga manja dengan ayah mereka.

Tiga bulan yang lalu, saya menerima satu mesej di WhatsApp dari seorang wanita yang saya namakan sebagai Didie. Dia mengaku bahawa dia adalah kekasih suami saya.

Mulanya, saya agak ragu-ragu kerana saya tak perasan langsung perubahan daripada suami. Dia pergi kerja pagi, balik petang seperti biasa sahaja. Di hujung minggu, dia menghabiskan masa di rumah saja dengan anak-anak. Tak mahu berfikiran negatif, saya bertanya tentang perkara itu pada si suami dan suami pun mengaku Didie adalah kekasihnya.

Hancur dan luruhnya hati ini mendengar sendiri pengakuan suami, saya menangis tanpa suara. Allahu, sakitnya bila rasa dikhianati. Suami beria-ria memujuk dan menjelaskan wanita itu adalah rakan sekerjanya. Mereka mula rapat semenjak tiga tahun lalu dan hanya berhubung melalui telefon. Adakalanya mereka keluar makan tengah hari bersama-sama.

Lepas dari hari itu, saya mengumpul seluruh kekuatan untuk duduk semeja dengan suami dan kekasihnya. Suami mengaku sayangkan saya dan Didie pada masa yang sama. Malah meminta izin untuk berkahwin dan berjanji akan berlaku adil.

Saya mengaku yang saya ni bukan jenis suka memeriksa telefon bimbit suami. Suami kata, dia memang cuba berterus terang dari awal, namun keadaan selalu tidak mengizinkan. Malam itu, saya menangis semahu-mahunya. Saya memohon pada Allah agar berikanlah kekuatan jiwa dan raga saya.

Dilihat dari segi luaran, Didie nampak sopan sangat, bertudung tutup dada, berstokin dan tutur katanya lembut. Berkali-kali dia memohon kemaafan oleh kerana mengguriskan hati saya dan menjelaskan dia tiada niat pun untuk menghancvrkan rumah tangga saya, tetapi hanya sekadar menumpang kasih sahaja.

Menurut Didie, dia amat suka dengan suami saya oleh kerana sikap suami yang baik dan mengutamakan keluarga. Malah dia langsung tidak malu mengakui bahawa dialah yang mula mendekati suami saya. Nekad betul yer? Saya suka sikapnya yang berterus terang itu walaupun hanya mengambil masa tiga tahun. Namun agak terkilan sedikit kerana dalam masa tiga tahun itu saya dibiarkan ibarat “syok sendiri” dan yakin hati suami hanya untuk saya sahaja. Namun Allah Maha Kuasa. Setelah mdengar penjelasan mereka, maka saya beri keizinan tetapi dengan syarat, si suami perlu melepaskan saya. Suami tidak setuju dan meminta saya menerima Didie sebagai madu. Didie pula menangis memohon agar saya tidak merumitkan lagi keadaan.

Sungguh itu bukan niat saya. Saya sudah penat berfikir, saya tidak memberikan suami pilihan sama ada mahu memilih saya atau kekasihnya kerana bagi saya, selepas terjalinnya hubungan cinta antara mereka, maka saya sudah dijadikan sebagai pilihan kedua.

Saya meminta untuk dilepaskan bukan kerana tak sayang, tetapi kerana suami tidak jujur. Walaupun suami tiada niat untuk berkahwin dengan wanita itu, saya akan tetap meminta untuk dilepaskan. Saya tidak boleh menerima kecurangan ini. Sungguh sakit untuk ditelan, perit. Tak apalah, semoga semuanya selamat.

Saya tidak tahu dari mana datangnya ketabahan saya semasa suami dan Didie bercerita tentang awal perkenalan mereka dan bagaimana terbitnya rasa cinta. Allah beri saya kekuatan, saya hanya senyum. Hati saya? Saya tak tahu, kosong.

Perbincangan hari itu tidak berakhir dengan baik. Saya tetap dengan keputusan saya meminta untuk dilepaskan. Selepas pertemuan itu juga, suami berkali-kali merayu agar saya menerima perkahwinan itu. Malah dia melabelkan keengganan saya sebagai ego dan tamak. Ego ke saya? Tamak ke saya? Sepanjang perkahwinan saya cuba menjadi isteri terbaik. Saya jalankan tanggungjawab dan hanya cintakan suami saya sepenuh hati. Rasanya saya berhak untuk mendapat sepenuh cinta juga.

Tolonglah, tidak mudah bagi saya. Saya tidak mampu. Saya percaya satu hati untuk satu nama. Saya percaya hati itu milik Allah, Allah juga yang mengubah hatinya untuk wanita itu. Saya tidak menolak p0ligamii itu sunnah Rasul tetapi saya juga manusia biasa. Saya tidak yakin saya akan ikhlas nanti, maka lebih baik berundur lebih awal.

Dengan anak-anak juga saya telah jelaskan yang ibu dan ayah dah tak boleh duduk bersama-sama. Nanti mereka akan ada ibu yang baru dan perlu hormat serta sayang dia seperti mana mereka hormat dan sayang saya. Alhamdulillah, anak sulung faham, tetapi yang bongsu ini belum mengerti sepenuhnya. Maklumlah baru berusia 4 tahun. Syukur saya dikurniakan anak-anak yang kuat seperti ibunya.

Khamis depan, saya akan dilepaskan. Wallahi, saya redha, rela dan pasrah.

Kepada En. Suami, semoga bahagia selamanya. Jagalah keluarga baru awak elok-elok yer. Terima kasih sebab jaga saya selama ini. Saya harap bakal isteri awak dapat menjaga “Abang dan Adik” seperti anak sendiri. Saya tak menyimpan dendam, saya okey Jer. Awak tahu saya kuat kan? 

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: Monyethijau

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*