Tunai Solat Subuh Bersama Bapa Di Masjid Safiey Illias Baru Terasa Nikmatnya

Usahawan terkenal, Safiey Illias sebentar tadi ada memuat naik satu posting yang dirakam bersama bapanya. Ramai 0eminat terkejut kerana beliau kini kerap memuat naik aktiviti yang lebih positif buat peminat.

Beliau dikenali sebagai individu yang berjaya, namun taktik pemasaran yang digunakan membuatkan orang ramai marah dan salah faham. Kejayaan seseorang harus dijadikan contoh buat generasi akan datang, namun jika cara pemasaran yang ‘kotor’ pastinya mengundang tidak rasa selesa.

Peminat sungguh-sungguh berharap kali ini beliau bukan lah melakukan kebaikan atau menggunakan agama bagi trknik pemasaran untuk melariskan perniagaan beliau.

Sambil menyatakan rasa sayu, penyanyi Apa Salah Syinta ini turut memaklumkan rasa nikmat apabila dapat menunaikan solat Subuh bersama yang tersayang.

“Nikmatnya dapat pergi jumaah Subuh dengan ayah. Sedih pun ada,” tulisnya ringkas.

Difahamkan, Safiey kini berada di kampung halamannya di Pahang bagi mengisi masa sempena Raya K0rban.

Sementara itu, apabila menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi positif selain mendoakan agar Safiey kembali dibukakan hati untuk terus melakukan kebaikan.

Sumber : Instagram Safiey Illias via MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*