Vida Suruh Pulangkan Barang Dan Cakap Saya Nak Sepak Awak Pun Boleh

Berasa terhin4 dan maIu Pelakon Putra Amaris dengan kata-kata yang diungkapkan oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman ketika pertemuan singkat mereka di acara jualan Star Vendors di Sabah pada Ahad lalu.

Amaris atau nama sebenar Muhammad Amran Ismail, 33, berkata dalam perjumpaan itu Hasmiza atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida meluahkan rasa kurang senang dengan pelbagai isu yang timbul membabitkan mereka. Malah Amaris turut diminta memulangkan semula barangan yang pernah diberikan oleh jutawan kosmetik tersebut.

Katanya “Kalau ikutkan saya tak mahu panjangkan isu ini, cuma saya terkilan dan rasa terhin4 dengan kata-kata Datuk Vida. Sedangkan saya tak pernah ada apa-apa isu dengan dia dan kami masih bertegur macam biasa.

Dia mempersoalkan mengenai beberapa kenyataan yang pernah saya keluarkan kepada media sebelum ini dan meminta saya memulangkan semula barang-barang yang pernah diberi olehnya sebelum ini.

Ditanya lagi “Saya tertanya barang apa yang dia pernah bagi tu? Kalau sekadar beberapa helai baju, saya boleh cari semula dan pulangkan secara terbuka. Dia siap kata ‘saya nak sep4k awak pun boleh!’ Saya maIu apabila dia kata begitu di depan pembantu kami dan bodyguard dia,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Amaris memberitahu pertemuan mereka itu berlaku dalam waktu singkat kerana dia mengejar waktu untuk ke lapangan terbang. Malah, dia terbuka untuk bertemu dengan Vida secara peribadi di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan isu ini dengan segera.

“Memandangkan ketika itu teksi sudah menunggu di lobi dan saya bergegas mahu ke airport, jadi memang tak boleh nak cakap banyak lah. Saya minta dia aturkan pertemuan di Kuala Lumpur jika ada sebarang rasa tidak kepua$ hatian.

“Senaraikan juga barang barang yang pernah diberi itu, saya nak cari semula dan sedia untuk dipulangkan. Orang bagi hadiah kita ambil sebagai tanda hormat… rasanya tak pernah dapat barang mahal pun!,” katanya lagi.

Justeru itu, dia meminta orang ramai berhenti menghubunginya dan terus menggelarnya sebagai pembantu peribadi (PA) Vida.Meskipun tidak lagi mempunyai sebarang urusan membabitkan kerja sejak Disember tahun lalu, Amaris berkata masih ada yang mengaitkan dia dengan usahawan tersebut. 

Dulu pun saya hanya bantu dia daripada sudut pemasaran sahaja. Sampai sekarang ini orang ingat saya masih bekerja dengannya dan ada yang hubungi saya semata-mata nak tanya tentang isu berkaitan dia.“Cukuplah kaitkan saya dengan dia, saya tak pernah jadi PA dia. 

Tiadamasa nak fikir hal-hal remeh yang lain,” katanya.“Saya sekarang sibuk uruskan keluarga, bisnes kuih tat Amaris Mytart dan wangian Francesc Fragrance. 

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber:rimbabara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*