[VlDEO] Akhirnya Tervngkai Keputusan Bedah Siasat Noura Anne Ini Penjelasan PoIis Tentang Punca Kematlan

Beberapa pakar Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama pegawai-pegawainya dilihat meninggalkan perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) selepas 12 jam berada di hospital itu.

Proses bedah siasat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin,15, bermula sejak pagi semalam.

Nora Anne ditemui di kawasan lurah berhampiran anak sungai, kira-kira 2.5 kilometer daripada resort penginapannya.

Setelah bedah siasat lebih 10 jam, kesemua doktor berkenaan ketika dihampiri petugas media enggan membuka mulut.

Petugas media dilihat mula meninggalkan perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HTJ apabila tiada sebarang kenyataan diberikan.

Proses bedah siasat dikendalikan oleh pakar Patologi HKL Dr Siew Sheue Feng, bersama Dr Hanif Mohammad dari HTJ dan dibantu pakar dari Jabatan Kimia dan Jabatan Forensik Petaling Jaya.

Pihak polis mula memberikan kenyataan berkenaan hasil keputusan bedah siasat pada jam 1:45 petang tadi menerusi satu sidang media khas.

Mayat yang dijumpai disahkan Nora Anne dan telah meninggal dunia kira-kira dua hingga tiga hari.

Beliau juga menyatakan tiada tanda-tanda Nora dirogoll.

Punca kematian adalah kebocoran pada usus disebabkan oleh tiada makanan dan stress dalam masa yang panjang.

Beberapa sampel dari tubuh Nora diambil dan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisa hasil autopsi lebih lanjut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*