Wajah Alif Satar Tunai Solat Jumaat Keluar TV Sekali Lagi

Tidak asing lagi di tanah air, penyanyi dan pengacara Alif Satar mencuri tumpuan netizen apabila wajahnya sekali lagi muncul ketika siaran langsung solat Jumaat hari ini.

Dilihat menerusi laman sosial Instagram, isteri Alif, Shadila Halid berkongsi f0to yang dikirimkan oleh salah seorang peminat yang sempat merakamkan wajah Alif ketika muncul di kaca televisyen.

Malah, sebelum menunaikan solat jumaat itu, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 29, sempat memuat naik sekeping foto dirinya dengan gaya rambut baru dan meminta netizen membuka rancangan di saluran RTM1.

“The before and after.. Dua bulan tak gunting rambut, baru rasa diri ni macam Aaron Aziz. Salam Jumaat guys.. On the way Masjid Wilayah, cepat buka RTM 1,” ujar Alif menerusi ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen tersebut, ada juga netizen yang turut terserempak dengan wajah Alif di kaca TV.

Malah, tidak kurang juga ada yang menyeru agar Alif dijadikan duta Masjid Wilayah.

Terdahulu, wajah Alif kerap sangat menghiasi kaca TV sewaktu siaran langsung solat Jumaat di Masjid Wilayah.

“Mom! I’m on TV! Salam Jumaat semua… p/s a fan from Sarawak sent me this, nasib baik pakai kurta smart hari ni pi masjid…,” ujarnya sebagai kapsyen apabila pertama kali wajahnya muncul di kaca TV pada tahun 2018.

Semoga suatu hari nanti Masjid Wilayah dapat menjadikan Aliff sebagai Duta. 

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber:catatanterakhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*