Yassin Luah Rasa Kesal Dan Tak Sangka Ia Ada Kaitan Dengan Kumpulan Senario sepanjang 20 tahun

Bekas anggota Senario, Yassin Yahya mendedahkan dia tidak pernah membuat simpanan wang sepanjang 20 tahun bersama kumpulan lawak yang pernah popular itu. Menurut Yassin, 41, wang yang diperolehi sepanjang bergelar pelawak itu kebanyakannya dihabiskan buat belanja diri dan keluarga.

Mengaku sepanjang bersama Senario, tak buat simpanan

“Sejujurnya sepanjang dengan Senario, saya tidak pernah mengumpul duit. Saya akui ketika itu saya hampir terlupa dan tak pernah terfikir untuk buat lebih banyak duit sama ada melalui pelaburan atau perniagaan. Saya sedar sudah banyak mensia-siakan masa selama ini. Sekarang adalah masa terbaik untuk saya fokus buat duit,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pelawak berusia 40 tahun ini berkata, dia nekad untuk membina kehidupan yang lebih baik dan bangkit dari episod geIap melalui perniagaan yang dijalankannya sejak tiga tahun lalu.

“Sekarang ini saya ada melibatkan diri dengan perniagaan iaitu pokok halau nyamuk. Kalau ada rezeki saya nak buat kempen dan bekerjasama dengan kerajaan.

“Pada awalnya tak plan pun nak berniaga tapi apabila fikir balik, ini adalah usaha terbaik saya untuk bangkit semula walaupun masa awal-awal berniaga saya pernah jatvh dan banyak kali ditipu,” katanya.

Yassin Yahya Nafi Hidup MeIarat

Bekas anggota kumpulan Senario iaitu Yassin Yahya menolak dakwwaan yang dia kini hidup meIarat. Katanya sehingga ke hari ini, dia masih bekerja seperti biasa dan tidak mengalami masalah kewangan seperti yang diperkatakan beberapa pihak.

“Mana ada saya hidup meIarat, semuanya seperti biasa. Saya masih bekerja malah ada sahaja produk saya di televisyen. Saya tidak tahu bagaimana dakwwaan ini timbul dan mengapa dimulakan,” katanya.

Menjelaskan dakwwaan yang mengatakan dia gagal membayar sewa rumah beberapa tahun lalu, kata Yassin semuanya sudah diselesaikan dengan baik sebelum ini.

“Itu hanya salah faham tetapi saya sudah selesaikan dengan baik. Tidak ada apa-apa lagi. Mungkin ada yang melihat rentetan dari itu kehidupan saya susah tetapi ada perkara yang mereka perlu tahu, artis seperti saya ini tidak mempunyai pendapatan bulanan. Kami dibayar mengikut waktu tertentu dan jumlahnya banyak,” jelasnya panjang lebar.

Melihat ujian yang diterima, kata Yassin sehingga ke hari ini dia bersyukur masih menerima tawaran dalam bidang lakonan seperti biasa.

“Alhamdulillah ada sahaja tawaran yang diterima dan ia tidak putus. Itu sebahagian rezeki yang saya terima. Bagaimanapun ingin saya betulkan pendapat beberapa pihak yang gemar meletakkan rezeki hanya pada harta benda. Sebenarnya mempunyai kesihatan yang baik juga adalah satu rezeki buat kita dan perlu kita bersyukur,” kongsinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Mstar dan Utusan & ArinnaRose

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*