Sebak Melihat Arfan Mengigau Ketika Tidur Memanggil Ibunya Kerana Terlalu Rindu

“ANAK 4rwah mengigau memanggil ibunya beberapa kali malam tadi kerana terlalu rindu sebelum dia teruskan tidur.

“Saya s3dih mendengar rintih4n cucu yang kehilangan ibu bapa kerana dia masih kecil dan perlukan kasih sayang mereka,” kata Fauziah Dollah, 63.

Fauziah adalah ibu kepada Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, yang mavt bersama suaminya, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30.

Mereka terbabit dalam k3malangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur 8.30 pagi semalam selepas motosikal ditunggangi mer3mpuh belakang lori.

Mengulas lanjut Fauziah berkata, dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60, akan menjaga cucunya, Muhammad Arfan Ziqri berusia 22 bulan kerana cucunya itu sangat rapat dengannya sekeluarga terutama anak bongsu, Diana, 25.

“Arfan tidak boleh bercakap, tetapi malam tadi dia panggil ibunya beberapa kali, dia sangat rindukan ibunya kerana mereka rapat.

“Selepas kejadian itu, Arfan seperti tercari-cari ibu dan abinya serta tidak ceria.

“Dia juga kurang minum susu dan hari ini baru nampak wajahnya sedikit ceria kemungkinan gembira dengan kehadiran orang ramai di rumah kami.

“Walaupun s3dih dengan nasib cucu tetapi saya reda dengan pemergian anak dan menantu dalam k3malangan itu,” katanya ditemui di Jalan Taman Sri Talang, Kadok, Kota Bharu hari ini.

Fauziah bersama Muhammad Arfan Ziqri ketika ditemui di rumahnya di Kadok hari ini. Menurutnya, 4rwah anak dan menantu kerap pulang ke kampung apabila mereka cuti dan tiada perubahan ditunjukkan ketika mereka pulang bulan lalu.

Begitu juga ketika mereka berbual di telefon, tiada pesanan ditinggalkan anak keempat daripada lima beradik itu.

“4rwah menantu kerap menghantar isteri ke tempat kerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur dari rumah mereka di Shah Alam.

“Jika menantu kerja, 4rwah anak pergi dan balik kerja dengan komuter,” katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan, keluarga anggota polis yang mavt bersama isterinya di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur semalam terkejut apabila mengetahui isteri mngsa kini hamil anak kembar.

Mngsa, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, dan isteri, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, m3ninggal dunia selepas terbabit k3malangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja 8.30 pagi semalam.

 

Sumber: HM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*