[Video] ‘Tunjuk Hebat Tak Bertempat’ Aksi Seorang Lelaki Bergurau Dengan Ular..Macam Main Dengan Kucing,Ini Pengakhiranya Buat Ramai Terkejvt

SEORANG lelaki digigit di bahagian kepala oleh seekor ular menerusi satu video yang kini tular.

Menerusi rakaman itu, dia seolah-olah bergurau dengan ular itu sambil menggerakkan kepalanya ke arah wajah haiwan berkenaan.

Berterusan melakukan aksi itu, dia akhirnya menerima padah apabila digigit di bahagian kepala.

Dia kemudiannya tidak kelihatan dalam rakaman, dipercayai berada di lantai untuk melepaskan diri daripada hawian berkenaan.

Video itu yang dimuat naik menerusi Facebook pemburu reptilia sehingga kini menerima lebih 111,000 tontonan.

Malah, ada komen yang menganggap perbuatan lelaki itu sebagai sesuatu yang bodoh dan dia selayaknya digigit ular.

Biarpun ular sawa itu tidak mempunyai bisa, keadaan lelaki itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan. – Daily Star.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*