“Terima Kasih Untuk Peng0rbanan Besar Sekali Lagi” – Saharul Ridzwan Teruja Isteri H4mil Anak Kedua

Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan kini sedang hamil anak kedua.

Saharul, atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 30, berkongsi sepotong video mengumumkan berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

“Alhamdulillah, terima kasih untuk doa anda semua sebelum ini.

“Doakan semuanya dipermudahkan dan kami sekeluarga dilindungi Allah. Alhamdulillah syukur,” tulis Saharul menerusi ruangan kapsyen.

Malah, dia turut berterima kasih kepada isteri tercinta, Qaabila Deena Amir di atas peng0rbanan yang dilakukan.

“Terima kasih isteri untuk peng0rbanan besar dalam hidup awak sekali lagi. Saya sayang awak,” tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut sama mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan semoga segalanya dipermudahkan.

Terdahulu, Saharul dah isteri sememangnya pernah merancang untuk menimang cahaya mata perempuan selepas dikurniakan zuriat lelaki, Muhammad Luth Ali, dua tahun.

Saharul mendirikan rumah tangga bersama Qaabila pada 16 September 2016.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hi sayang @deenaemir, ingat tak #throwback moment yang kita lapar betul lepas akad nikah? Terus sy bawak awak lari makan mamak. 🤣 Dua dua still pakai baju pengantin baru, semua kat mamak pandang je. Epic betul. Haaaa. Lepas tu masa awak pregnant ingat tak? Mengidam pulakk. Tapi sy yang mengidam, nak main belon air. So usung la awak yang sarat mengandung tu pergi Shah Alam. And nowww. After 3 years thru ups and downs, thank you for being my wife, mother to my son and my soulmate. Banyak lagi benda yang kita akan #ShareMoreTogether in future and sy tahu kita kuat when we share everything together as one family. I love you! Go to maxis.com.my/couples to find out what else you and your partner can share more of.

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*