Billionaire Terkenal Dari Sungai Petani Belanja Pemain Kedah Naik Pesawat Mewah

” Orang besar-besar kedah pun sanggup sponsor nak bagi player kedah semangat. Kami penyokong biasa cuma mampu berdoa kedah julang cup..”

Demikian komen seorang netizen yang juga penyokong bola sepak Kedah menjelang aksi final menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) sabtu ini.

Terdahulu, bagi melonjakkan semangat dan motivasi pemain menjelang sepak mula final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini, pemain Kedah mendapat tajaan menaiki pesawat khas ke Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan, penerbangan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu ditaja oleh pemilik Weststar Group, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim yang juga anak kelahiran Sungai Petani, Kedah.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman Facebook FA Kedah, pemain skuad Helang Merah kelihatan ceria menaiki pesawat khas eksekutif itu ke Kuala Lumpur bagi menghadapi aksi final bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).

“ Alhamdulillah, rezeki buat skuad Hijau Kuning menaiki pesawat Weststar menuju Subang. Suntikan moral buat pasukan menuju Bukit Jalil!,” menurut kenyataan di laman Facebook FA Kedah.

JDT dan Kedah mara ke final Piala Malaysia selepas masing-masing menewaskan Selangor dan Pahang pada separuh akhir kedua yang penuh mendebarkan Sabtu lalu.

Malah, pertembungan antara skuad Harimau Selatan dan Helang Merah turut mengulangi aksi final dua tahun lalu yang menyaksikan JDT menundukkan pesaingnya 2-0 di Stadium Shah Alam.

Aksi final kali ini dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan mahu memburu trofi kedua musim ini selepas JDT mempertahankan Liga Super manakala Kedah muncul juara Piala FA.

Dalam pada itu rata-rata warganet terutama penyokong Sang Helang Merah memanjatkan rasa syukur dan memuji tindakan Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim yang juga pemilik Weststar Group kerana sudi menaja pemain Kedah menaiki pesawat ke Kuala Lumpur.

” Pujian harus diberikan kepada KFA serta pihak Webstar kerana menyediakan sebuah pesawat komersial yang mewah dan selesa buat pemain-pemain Kedah.

” Ini yang kita mahukan gabungan terbaik KFA demi meningkatkan moral dan semangat pemain sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu Ini.

” Syarikat Webstar milik usahawan anak kelahiran negeri Kedah, Sg Petani Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim. Semangat!, Terima kasih Tan Sri..”

Sedikit info tentang Syed Azman
Sedikit mengenai latar belakang Syed Azman, beliau asalnya adalah seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat selama 13 tahun dalam ATM hingga memperoleh pangkat Mejar.

Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.

Syed Azman pernah berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya, bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*