“Kita Ni Buat Kerja Penat Tapi Tak Dihargai” – Haji Zil Minta Sheila Rusly Bersabar

Penerbit Zeel Productions, Haji Zil meluahkan perasaan hatinya yang faham dengan apa yang sedang dilalui oleh rakan seperjuangannya, pelakon dan penerbit JS Pictures, Sheila Rusly selepas dia memberi bayangan mahu mengundurkan diri sebagai anak seni.

Haji Zil atau nama sebenarnya Fadzil Teh berkata, dia meminta agar Sheila terus kuatkan semangat dan banyakkan bersabar.

Katanya, dia cukup faham, menjadi penerbit pada zaman sekarang mereka perlu berdepan dengan cabaran tersendiri.

“Sabar sis @sheilarusly_jspictures. Faham, buat drama sekarang tak semudah dulu. Macam-macam kerenah kita harus lalui.

“Untung! Makin lama, makin kecil! Kadang macam kita ni buat kerja penat tapi tak dihargai.

“Perit nangis kita tak siapa yang tahu. Kuatkan semangat @sheilarusly_jspictures. Moga Allah beri petunjuk,” tulisnya di ruangan komen.

Haji Zil memberikan maklum balas tersebut selepas penerbit JS Pictures itu kelmarin memberitahu bahawa hatinya terdetik untuk meninggalkan dunia seni selepas 34 tahun menceburi bidang itu.

Ekoran daripada kenyataan berkenaan, Sheila turut dihujani pelbagai komen daripada rakan artis yang memberikannya kata-kata semangat dan dorongan untuk terus cekal.

Bagaimanapun, sehingga kini, Sheila belum memberikan sebarang keterangan lanjut mengenai punca dia mahu meninggalkan industri hiburan.

Difahamkan. Sheila kini masih berada di Bangkok, Thailand bercuti bersama rakan baiknya, pelakon Catriona Ross dan teman-teman yang lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*