“Dia Sebenarnya Penghibur Yang Menyanyi Dari Hati,” – Ini Pandangan Siti Nordiana Pada Naqiu

Bakal bergandingan menerusi lagu Gurauan Berkasih bersama, Siti Nordiana ada memberikan pesanan buat peserta Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6), Naqiu agar terus konsisten di dalam memberikan persembahan terbaik buat juri dan peminat.

Katanya kepada MH, peluang datang hanya sekali dan sebolehnya, cuba manfaatkan untuk habiskan sebuah lagu itu sesempurna yang mampu.

“Setiap minggu cuba untuk kekalkan momentum. Harus diingat, kita punya peluang hanya datang sekali.

“Kita hanya ada lebih kurang tiga minit untuk buktikan sesuatu kepada juri dan peminat.

“Saya sendiri sudah pun melakukan sesi latihan bersamanya dan InsyaAllah kami akan cuba sampaikan lagu tersebut dengan sehabis baik.

“Apatah lagi lagu ini antara banyak yang meninggalkan memori, nostalgia yang imbau kenangan lama dalam kerjaya saya,” katanya yang turut memberi pesan kepada bintang itu supaya menjaga kesihatan sepanjang pertandingan.

Berkongsi pandangannya terhadap vokalis kumpulan Boboy itu pula, juara GV musim kedua ini menyifatkan Naqiu sebagai penyanyi yang menyampaikan sesebuah lagu dari hati.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#gengleman #gegarvaganza 😂 @thisisnaqiu #sitinordiana

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

“Kita sedia maklum dia lama menyepi dan kembali beraksi di pentas GV. Pandangan saya mengenainya, dia sebenarnya penghibur yang menyanyi dari hati.

“Bila dia menyanyi itu sepertinya dia bercerita yang sekali gus membuatkan penonton senang ‘tangkap’ apa yang ingin disampaikan.

“Secara tak langsung, ia buatkan setiap persembahan yang dipersembahkan itu diingati,” terang Nana yang turut menasihati Naqiu agar terus terapkan sikap merendah diri serta menghormati semua orang.

Terdahulu, Duet diangkat sebagai tema dalam saingan keempat konsert GV6 dan setakat ini, dua bintang sudah pun tersingkir dalam saingan iaitu Mazleeda dan Amer Sofazr.

Gurauan Berkasih merupakan lagu nyanyian asal Nana bersama Allahyarham Achik Spin yang dilancarkan pada akhir 90-an.

GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.

sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*