Ini cita-cita Allahyarham anak Nora yang tidak kesampaian

KUALA LUMPUR: Anak kedua penyanyi Nora Ariffin, Alif Johan, 20, meningg4l dunia secara mengejut di kediaman keluarga, di sini, pagi tadi.

Berita sedih terbabit dikongsi Nora, 46, di Instagramnya, ketika penyanyi Di Persimpangan Dilema itu berada dalam pesawat untuk pulang dari Singapura.

“Inna Lillahi wainna ilayhi raji’un… Allah uji sekali lagi. Saya mahu bagi tahu semua, anak saya, Alif Johan, baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.

“Beliau kembali ke rahmatullah, pagi tadi, di rumah saya dan jenaz4hnya akan dikebumikan secepat mungkin, hari ini.

“Mohon maafkan kesalahannya. Saya diuji sekali lagi… Saya reda Ya Allah,” katanya menerusi perkongsian video pendek.

Alif adalah anak kedua daripada empat bersaudara hasil perkahwinan Nora dengan Johan Nawawi.

Komposer terbabit meningg4l dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.

Menurut saudara terdekat, jenazah Allahyarham yang dipercayai meningg4l dunia secara mengejut di rumahnya itu kini sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan aktif di arena nyanyian, malah mara sebagai 20 calon protege Mentor Milenia 2019.

Bercita-cita meneruskan legasi bapanya dalam bidang muzik, pelajar tahun akhir jurusan perfileman Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu kerap menunjukkan bakat dalam pelbagai pertandingan nyanyian.

Pada 6 Disember lalu, Allahyarham memuat naik video kemenangannya sebagai juara pertandingan Clash of the Talent anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), membawakan lagu Salam Terakhir.

Sebelum ini, Alif yang pernah mengalami masalah berat badan hingga mencecah 130 kilogram (kg) menjalani pembedahan bariatric dan berjaya menurunkan berat 40 kg dalam tempoh beberapa bulan.

View this post on Instagram

😢😢😢😢😢😢

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Sumber Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*