LELAKI INI DISURUH BALIK OLEH DOKTOR HOSPITAL KERANA MEREKA TIDAK CARI PUNCA KENAPA DIA BATUK BERDARAH SEHINGGA KELUAR RAMBUT DAN SELUMBAR

Bagaimana kita hendak membuang sihir atau santau? Di zaman yang moden ini dan sudah hampir 2020 masih lagi terdapat di kalangan masyarakat kita yang suka menggunakan perkara yang khurafat dan syirik seperti menghantar sihir.

Kisah di bawah ini masih lagi berlaku di zaman ini, dan ianya tidak dapat disembuhkan dengan perubatan moden. Perkara perkara khurafat dan syirik ini masih lagi di dalam masyarakat kita.

Menurut perkongsian dari Ustaz Norazri Medzlan, pemuda ini datang berjumpa beliau selepas beliau diarahkan pulang oleh pihak hospital. Doktor di sana tidak dapat jumpa punca sebenar sakit pemuda ini dan mereka lagi bingung apabila pemuda ini batuk berdarah sehingga keluar helaian rambut dan selumbar.

Doktor Hospital swasta suruh balik berubat kampung sbb tak tahu punca batuk berdarah keluar rambut dan selumbar hampir 3 minggu dah. Aku kalau nk pulangkan balik santau ni boleh. Tapi tak ada beza aku dgn kau. Aku Hanya mampu berdoa agar kau si pelaku, Allah berikan taufiq dan hidayah ke jalan orang-orang yg beriman. Bertaubatlah sebelum apa yg kau buat ni berbalik pada diri kau dan kau akan rasa 2 kali ganda dari apa yg dia rasa. Bertaubatlah – Noarzri Medzlan

BATUK SEHINGGA KELUAR RAMBUT DAN SELUMBAR

Jika Rasa Diri Disihir, Minum Buah Ini Dan Lakukan Perkara Ini Untuk Membuang Sihir. Semoga Bermanafaat

Bagaimana kita hendak membuang sihir atau santau? Di zaman yang moden ini dan sudah hampir 2020 masih lagi terdapat di kalangan masyarakat kita yang suka menggunakan perkara yang khurafat dan syirik seperti menghantar sihir.

Ustaz Norazri Medzlan merupakan Pengasas at Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur telah kongsikan bagaimana kita boleh membuang sihir yang terkena. Mari baca ..

BAGAIMANA KITA INGIN MEMBUANG SIHIR

Santau/sihir memberikan kesan sakit kronik pada tubuh badan seperti sakit kenser, ketumbuhan atau sakit kronik yang lain. Bagaimana cara untuk mematikan racun santau/sihir tersebut?

Cari kelapa muda, Minum air kelapa tersebut pada jam lebih kurang 12 tghr – 1 ptg. Minum jangan letak ais batu atau gula (ori). Sebaiknya minum didalam buah kelapa tu juga, tak perlu pakai cawan atau straw.

Sebelum minum air kelapa tersebut baca surah Al-Fatihah 1x dan surah Taha Ayat 69 sebanyak 3x kemudian doa (contoh: Ya Allah jadikan air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala gangguan jin dan syaitan). Minum dengan perlahan diselangi dengan selawat nabi sehingga habis.

Jika ditubuh kita mempunyai racun santau/sihir kita akan muntah lendir seperti air liur tapi dalam bentuk berbuih-buih. itula bisa-bisa santau yg ada di tubuh seseorang yg terkena santau.

Amalkan minum air kelapa seminggu 2 kali. Insya Allah jika dijadikan amalan racun santau/sihir tidak akan memberikan kesan sampingan pada tubuh kita seperti kenser, ketumbuhan atau sakit2 kronik yg lain. Insya Allah.

Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yg menyembuhkan

وَاَ لْقِ مَا فِيْ يَمِيْنِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوْا ۗ اِنَّمَا صَنَعُوْا كَيْدُ سٰحِرٍ ۗ وَلَا يُفْلِحُ السّٰحِرُ حَيْثُ اَتٰى

wa alqi maa fii yamiinika talqof maa shona’uu, innamaa shona’uu kaidu saahir, wa laa yuflihus-saahiru haisu ataa

“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.”(QS. Ta-Ha 20: Ayat 69).

Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen “izinkan saya untuk beramal”. Insya Allah nanti saya ijazahkan. – Ustaz Norazri Medzlan

Sumber : Facebook Norazri Medzlan / Artikel Penuh : Awattt Syeikhh Network

Sumber Awatsyeikh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*