RAKYAT BIASA BOLEH TAK KAHWIN DENGAN KERABAT DIRAJA. PERMAISURI AGONG TAMPIL BERI JAWAPAN RINGKAS DAN PADAT

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup terkenal dengan sifat merendah diri dalam mendekati rakyat. Keperibadian baginda yang disenangi ramai rakyat jelata itu membuatkan Raja Permaisuri Agong sering mendapat perhatian di media sosial.

Menerusi ruangan Twitter, terdapat seorang individu yang bertanyakan satu soalan kepada baginda, iaitu adakah rakyat biasa boleh mengahwini kerabat diraja?

Namun, jawapan yang diberikan oleh Tunku Permaisuri menerusi akaun @cheminahsayang itu, ternyata membuat ramai rakyat jelata yang tersenyum lebar.

SOALAN DIAJUKAN SAMADA BOLEH KAHWIN DENGAN KERABAT TAK?

JAWAPAN RINGKAS TUNKU AZIZAH, RAJA PERMAISURI AGONG

Rata-rata netizen turut dilihat memberikan pelbagai reaksi dengan ada yang meletakkan harapan untuk ‘meminang’ anak raja. Semua boleh mencuba nasib la nampaknya!

Ramai je isteri raja atau suami puteri daripada orang kebanyakan

Mesti ramai yang tersenyum lebar bila dengar jawapan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah kan. Memang boleh berkahwin tapi ingat senang ke. Apa pun jodoh di tangan Tuhan.

Mana yang nak mencuba dipersilakan. Tapi sebelum mencuba perbaiki apa yang kurang ye. Ini kerabat tau bukan calang calang terutama nak dapat restu mak ayah mereka. Huhu!

Sumber : Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*