Camar laut jadi petunjuk kedudukan may4t pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)

SEKUMPULAN burung camar laut yang bermain di tengah laut di kawasan Pantai Sura Tengah membawa penunjuk pertemuan dua may4t pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun, hari ini.

Penduduk Kampung Sura, Mat Razali Hassan, 60, berkata, kumpulan burung itu muncul selepas penemuan may4t pertama, Muhamad Zul Fahmi Zuki, 21, yang ditemui terdampar di pantai itu, 7.30 pagi.

“Selepas mendapat laporan penemuan may4t itu, saya ke pantai dan berbual dengan seorang rakan sebelum ternampak sekumpulan burung bermain kira-kira dua kilometer dari darat.

“Beberapa jam selepas itu saya ternampak bot pasukan mencari dan menyelamat meronda di kawasan sebelum terjumpa dengan may4t kedua,” katanya.

Related image

Menurutnya, kemungkinan burung yang bermain di kawasan itu sudah ternampak may4t.

“Selepas penemuan may4t kedua, saya mendapat tahu may4t ketiga juga dijumpai di sekitar kawasan sama,” katanya.

Razali berkata, dia bersyukur apabila dimaklumkan mangsa lemas itu ditemui.

Dalam kejadian 17 Januari lalu, empat pelajar PSMZA, Muhamad Zul Fahmi, Mohamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, 21, lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan, kira-kira 6.30 petang.

Mayat Muhamad Zul Fahmi ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 7.30 pagi diikuti Muhammad Ikhwan jam 11.35 pagi, Mohamad Luqman Hakim Al Rashid ditemui 12.10 tengah hari dan mayat terakhir, Mohamad Amir ditemui jam 3 petang ini.

Sumber Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*