“Demi Anak, Hilang Glamor Pun Tak Apa” – Haiza Sanggup Seludup Ayam Dalam Beg Tangan

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza mendedahkan bahawa dia terpaksa membawa ayam goreng yang disimpan di dalam beg tangannya sewaktu menghadiri sebuah majlis pertunjukan fesyen demi anaknya.

Perkara itu dikongsikan Haiza menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Ada sesuatu dalam clutch kira. Demi anak kan, sanggup. Hilang glamor pun tak apa.

“Glamor-glamor kena bungkus ayam supaya Iman tak lapor. Sambil tengok pertunjukkan fesyen, sambil suap dia makan ayam,” tulisnya.

Haiza turut berkongsi video yang menunjukkan bungkusan ayam goreng dalam helaian tisu yang disumbat di dalam beg tangannya.

View this post on Instagram

Ada sesuatu dalam clutch kita.. Slide LEFT Demi anak kan,sanggup.Hilang glamour pun tak apa 😄 #PestaBerinai2020

A post shared by حيزا (@haizahanafi) on

Perkara itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata terhibur dengan gelagat Haiza yang tergamak ‘menyeludup’ makanan dalam beg tangannya sebagai bekalan buat anak kesayangannya.

“Hahaha, mak-mak macam tu lah. Hebat bonda! Janji iman tak lapar.

“Akak memang mak yang bagus dan baik.

“Aiyo, bawa bekal pulak. Nasib baik tak bawa mangkuk.

“Nasib tak dihurung semut,” antara komen-komen pengikutnya.

Haiza mendirikan rumah tangga dengan atlet hoki Norhanaphe Omar pada 24 Ogos 2007.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Iman Syafie yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*