Eina Azman Buat Kejutan Lain Dari Yang Lain Untuk Suami Sempena Harijadinya Yang Ke 41

Setiap perkahwinan pasti mengimpikan kemanisan kasih sayang yang berpanjangan dalam rumah tangga.Membina kebahagiaan itu umpama menanam sepohon pokok kerana ia memerlukan benih, baja, air dan cahaya yang dipupuk dengan kasih sayang, tanggungjawab, konsisten dan kesabaran.

Bagi mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan itu, suami dan isteri haruslah memainkan peranan bersama. Amalan-amalan ini bukan sahaja boleh dipraktikkan oleh pasangan yang baharu berkahwin, tetapi juga boleh diamalkan oleh pasangan lama yang ingin memupukkan kembali rasa cinta dan kasih sayang seperti kali pertama anda berdua bergelar suami isteri.

Pelakon Datin Paduka Eina Azman ada meraikan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden bersempena dengan ulang tahun kelahiran insan tersayangnya itu yang ke-41.Lebih romantis, pelakon Ratu The Movie itu dilihat turut membuat kejutan buat suami dengan membawanya bersiar-siar dengan menaiki helikopter!

Momen indah yang turut disertai anak kembarnya telah dikongsikan menerusi beberapa entri foto serta video di Insta Stories miliknya.Terdahulu, Eina atau nama sebenarnya, Ainud Syakina Azman membuat kejutan tersebut dengan menutup mata suaminya terlebih dulu sebelum tiba ke lokasi untuk menaiki helikopter.

Malah kedua anak kembarnya, Karl Kareef dan Arianna Aubrey, yang berusia empat tahun turut dibawa bersama-sama menaiki helikopter selain turut mengabadikan momen keraian.

Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan tersebut pada 31 Ogos 2014 dan mereka dikurniakan pasangan kembar comel pada tanggal 19 Februari 2016.

Tanda istri sayang suami mudah dikenalpasti.Ada beberapa petunjuk dan indikator untuk mengesan perkara tersebut.Sebab tanda isteri sayang suami tak pernah menipu dalam perkahwinan. Jika tiada tanda tersebut,para suami hendaklah selalu kirimkan doa agar istri sayang sama suami.

Tujuan utama perkahwinan ialah menjaga kesucian dan kehormatan lelaki dan wanita dalam serba serbi.Dalam hati istri tiada yang lain selain suami.Cinta untuk anak-anak dalam sudut lain dan tidak bercampur dengn cinta terhadap suami.

FotoVideo: Instagram Eina Azman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*