Hari Pertama Persekolahan Belum Habis, Tapi Ada Bayangan Jawatan Menteri Pendidikan Bakal Dikosongkan

MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik dikatakan akan meletakkan jawatannya dalam kabinet hari ini.

Memetik laporan Malay Mail, maklumat itu diperoleh daripada tiga sumber berasingan yang terdekat dengan menteri berkenaan.

Menurut sumber itu, Dr Maszlee menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tengah hari tadi.

“Beliau (Dr Maszlee) menyerahkan surat peletakan jawatan hari ini dan PM menerimanya.

“Beliau kini sedang bermesyuarat dengan kakitangan dan akan mengumumkan keputusannya pada satu sidang media petang ini,” kata pegawai rasmi kepada Malay Mail yang enggan namanya didedahkan.

Image result for maszlee letak jawatan

Bagaimanapun, ketiga-tiga sumber terbabit mengunci mulut selepas ditanya alasan peletakan jawatan Dr Maszlee.

Sumber dalam kerajaan mengesahkan pertemuan itu diadakan di Pejabat Perdana Menteri, tetapi tidak menyatakan dengan lebih lanjut.

“Saya boleh sahkan pertemuan itu tetapi tak boleh dedah butirannya,” katanya kepada Malaysiakini.

Pertemuan itu di tengah-tengah spekulasi yang mengatakan Maszlee akan mengumumkan peletakan jawatannya petang ini, atau digugurkan daripada kabinet.

Satu sidang media khas akan diadakan di Kementerian Pendidikan, Putrajaya 4.30 petang ini.

Dr Maszlee yang juga bekas pensyarah dilantik Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018 selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir melantiknya untuk memegang portfolio itu.

Beliau adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sumber Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*