Keadaan Terkini Puteri Balqis Dan Ibunya Terpaksa Tumpang Tinggal Di Rumah Penerbit Buku

Semua sisipan kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada ujian dan cabaran. Justeru, hanya hati yang cekal mampu menangani segala kesulitan dan kesukaran itu.

Setiap ujian dalam kehidupan perlu ada penyelesaiannya dan jarak antara masalah serta penyelesaian antara dahi dengan tempat sujud.Ini bererti, untuk mendapat kekuatan mencari penyelesaian masalah sama ada kecil atau besar, adalah dengan bersujud kepada-Nya kerana hanya Allah SWT memiliki segala-galanya.

Pelakon cilik Puteri Balqis dan ibunya Norashikin Mohd Aziz kini tinggal di rumah penerbit buku puisi 36 Poems of Puteri Balqis iaitu Aini Marhana buat sementara waktu.

Aini ketika dihubungi berkata, perkara itu bagi memudahkan urusan penghantaran buku puisi yang sudah mendapat tempahan. Tambahnya, kehadiran pihak-pihak tertentu ke rumah mereka tanpa sebarang temujanji telah menjejaskan operasi proses urusniaga tersebut.

“Mereka sekarang menetap di rumah saya buat sementara waktu bagi menguruskan urusan kerja penghantaran buku.Ramai pihak yang datang tidak buat temujanji dahulu sehingga kerja-kerja itu tertangguh dan pembeli buku marah kerana lewat.Lagi pula rumah mereka tingkat empat dan sukar untuk bawa buku turun naik,” ujarnya kepada mStar.

Aini berkata, anak-beranak itu juga kini berada dalam tekanan dengan berita-berita yang menjadi tular di media sosial.Malah, buat masa ini Puteri Balqis juga tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bagi mengelakkan emosinya terganggu.

Puteri Balqis sedang sedih dan tertekan dengan berita-berita yang tular mengenai dia dan ibunya.Banyak berita yang tak benar keluar dan kami tak benarkan Puteri Balqis menggunakan telefon untuk mengelakkan dia baca berita-berita itu,” ujarnya.

Sebelum ini, kisah kesempitan hidup Puteri Balqis mendapat perhatian selepas disiarkan menerusi rancangan Bersamamu di TV3.Menerusi program tersebut, Puteri Balqis yang mengalami masalah kesihatan terpaksa menjual buku puisinya di sekitar Kuala Lumpur bagi menampung hidup dia dan ibunya.

Apabila kita mencintai Allah SWT bererti kita memiliki segala-galanya. Pada Allah SWT ada kasih sayang, keadilan, kebaikan, kekuatan, kekayaan, kecukupan dan segala-galanya yang diperlukan setiap manusia.

Manusia yang lemah tidak akan mampu melalui hidup ini tanpa pertolongan Allah SWT. Lalu, dengan cinta Allah SWT akan mendekatkan manusia kepada-Nya seterusnya memberi kekuatan mendepani kesukaran dalam hidup ini.

Kredit:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*