Kongsi Gambar Hantar Anak Ke Sekolah, Anak Aeril Zafrel Dihina Macam Pengemis

Niat pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkongsi hari pertama persekolahan tahun 2020 bagaikan tidak mendapat sambutan ramai.

Tindakan Aeril berkongsi gambar menghantar anak mereka iaitu Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa ke sebuah sekolah swasta mendapat kecaman ramai.

View this post on Instagram

1st day school…. ayah doakan kamu berdua menjadi anak yg soleh&solehah serta menjadi hafiz dan hafizah suatu hari nanti .. amin….😊😊

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Entah apa yang didengkikan sangat dengan pasangan itu hingga ramai yang meninggalkan komen negatif terhadap mereka terutama penampilan Attar yang berambut panjang.

Lantaran itu, Aeril memuat naik beberapa paparan skrin komen negatif berkenaan di laman Twitternya.

Jelas Aeril kecewa apabila rambut anaknya yang dipersoalkan. Malah, ada komen melampau menyamakan penampilan anaknya kelihatan seperti pengemis!

Pun begitu, ramai juga menyebelahi pasangan itu dan memberi kata-kata semangat supaya mengabaikan saja mulut-mulut jahat yang busuk hati.

Apapun, Attar dan Hayla belajar elok-elok ya. Abaikan saja mereka yang cemburu tu.

Sumber Cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*