“Lagu sakai… bakat ke laut pun nak menyanyi” , Zizi Kirana tak bagi muka

PENYANYI Zizi Kirana menegur tindakan seorang netizen yang menulis komen kecaman dan merendah-rendahkan lagu nyanyiannya di laman sosial.

Menurut Zizi, lagu yang dinyanyikan itu merupakan hasil kerja berpasukan dan tidak sepatutnya karya tersebut dihina oleh mana-mana pihak.

“Hormati karya orang dik… lagu itu bukan saya seorang saja yang berkerja, ada insan lain yang lebih berbakat daripada kau.

“Hati tu cuci dengan clorox (produk peluntur) supaya jangan ada benci antara kita,” katanya menerusi Instagram.

Zizi menjawab komen seorang netizen yang mempertikaikan bakatnya sebagai seorang penyanyi.

“Kau orang pernah tak, dekat radio keluar lagu kau minat… lepas lagu tu habis, keluar lagu sakai macam lagu Zizi Kirana ni.

“Bodoh, bakat kelaut… nak menyanyi juga,” tulis seorang netizen di Twitter.

Sebelum ini, lagu terbaharu nyanyian Zizi berjudul Eh mengundang pelbagai komen daripada pendengar.

Enggan ambil pusing dengan komen orang ramai, Zizi berkata lagu tersebut ditujukan khas kepada netizen yang gemar mengkritik dirinya di laman sosial.

“Untuk lagu terbaharu ni memang saya dan team plan hasilkan lirik paling sarkastik.

“Lagu-lagu sebelum ni memang saya dikecam teruk, jadi kalau lagu baru ni makcik dan pakcik bawang masih tak terasa lagi tak tahulah,” ujarnya.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*