Muat Naik Video Aksi Berdukung, Risteena & Isa Khan Tak Peduli, “Goodbye Haters…”

Pasangan yang kini sedang berbunga-bunga, Nur Risteena Munim dan Isa Khan telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 tidak kisah akan kritikan netizen berhubung hubungannya yang dianggap terlalu mesra.

Mahu mengabadikan momen menerusi video sedang menari, Risteena dan Isa masing-masing memuat naik video berkenaan di Instagram.

“Thank your for loving me in a million ways and yes

“Goodbye haters!,” tulis Risteena ringkas.

Video berdurasi satu minit itu memaparkan aksi Isa sedang mendukung pelakon wanita itu sambil kedua-duanya saling menatap mata.

View this post on Instagram

Posted @withrepost • @theisakhan Awak tahu tak, cinta saya kat awak lagi luas dari lautan yang kita rentasi ni tau @nur_risteena 🤣 Singapore – Penang – Langkawi – Singapore ⭐️ . Thank you so much to : DINAR HOLIDAYS – Your Trusted Travel Agency Website : www.dinarholidays.com IG : @jomcutiofficial @dinarholidays FB : facebook.com/jomcuti dinar holidays Amazing cruise Genting dream @dreamcruiseline #gentingdream #gdr #jomcuti #dinarholidays #amazingcruise #airlinktravel #dreamcruises

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Masih belum menetapkan tarikh perkahwinan, kedua-dua pasangan ini mahu memberi tumpuan terlebih dahulu dalam perniagaan yang dijalankan hasil usaha sama.

Terdahulu, pasangan ini mengumumkan mereka sudah bertunang di Bali, Indonesia pada 23 November 2019.

Video : Instagram Risteena Munim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*