Muka disamakan macam pendatang, Sharif Zero buka mulut dan beri respon mengejutkan

PELAWAK Sharif Zero meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu di sebalik akaun palsu di Facebook dengan nama Shah Shah yang menghina wajahnya serta ahli kumpulan Zero yang lain.

Menurut Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif, individu berkenaan bersikap kurang ajar apabila menyamakan mereka seperti pendatang asing tanpa izin (Pati).

“Saya tak tahu mengenai perkara itu sehinggalah ada peminat yang hantar screenshot dan berikan kepada saya. Perkara begini adalah sangat sensitif khususnya kami orang-orang Sabah. Benda tengah isu di sana.

“Sampai sekarang saya masih tak berpuas hati dan masih mencari lagi individu di sebalik fake account itu. Kalau tengok dekat wall Facebook, dia ni selalu menghentam orang.
“Tolong saya dapatkan info pemilik Facebook ini. Saya mahu jumpa dia, nak bagi dia tengok saya punya IC (MyKad),” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sharif turut mencabar individu berkenaan untuk tampil bersemuka dengannya.

Kata Sharif, meskipun sedar wajahnya kelihatan seperti orang asing namun menyifatkan isu sensitif seperti mempertikaikan status kewarganegaraan adalah keterlaluan.

“Saya sedar muka kami ni memang seperti orang-orang luar tapi dia tak sepatutnya kaitkan dengan isu sensitif seperti ini.

“Saya nak sangat berdepan dengan dia, nak tanya apa yang dia tak puas hati. Saya tak suka dan saya akan cari sampai dapat.
“Saya tak tahu apa motif dia buat begini, apa yang dia nak… saya memang asli orang Sabah. Kalau kau jantan, kita berdepan. Aku nak jumpa kau!” ujarnya.

Susulan itu, Sharif berkata, dia berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan dan sudah membuat laporan polis di Balai Polis Setia Alam pada Selasa.

“Saya nak minta bantuan orang ramai jika ada sesiapa yang mengenali pemilik akaun Facebook itu untuk tampil beritahu saya dengan segera.

“Laporan polis pun dah dibuat semalam di Balai Polis Setia Alam. Dia sangat berani menghina saya sebab guna fake account sahaja.

“Kalau saya tak ambil tindakan seolah-olah saya tak kisah dan biarkan sahaja. Saya tak mahu perkara sebegini berulang dan terkena pula kepada orang lain,” ujarnya.

Kumpulan Zero turut dianggotai oleh Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful) dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu).

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*