Nina Iskandar Dedah Wajah Anak, Sedap Nama Dia Beri

Pelakon dan usahawan Nina Iskandar telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 23 Disember lalu.

Nina atau nama penuh Nur Akmalina Iskandar berkongsi dan mendedahkan wajah anaknya di akaun Instagram miliknya.

Malah, bintang drama bersiri Andainya Takdir itu turut berkongsi nama anak pertamanya itu.

“Assalamualaikum, hi everybody. We would like to start our 2020 by introducing you to our Darling son, Muhammad Aaryan ar-Rizqin.

“He is 9 days old now. Kami doakan Rizqin membesar dengan sihat sempurna dan menjadi anak yang soleh. InshaaAllah. Ameen.,” tulisnya.

View this post on Instagram

Assalamualaikum, hi everybody. We would like to start our 2020 by introducing you to our Darling son, Muhammad Aaryan ar-Rizqin. He is 9 days old now. Kami doakan Rizqin membesar dengan sihat sempurna dan menjadi anak yang soleh. InshaaAllah. Ameen. ♥️ – @ar_rizqin #AzlanJr #LuckyNumber9

A post shared by Nina Iskandar 🇧🇳 (@ninaiskandar) on

Di samping itu, rata-rata peminat memuji wajah anak Nina yang kelihatan sangat comel.

Untuk rekod, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April lalu dan pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos lalu di Forest Valley, Cheras.

Foto : Instagram Nina Iskandar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*