Penangan Influenza A, Abang Demam Dulu Tapi Adik Kena Tempias & Pergi Selamanya

Anak merupakan anugerah Allah yang sangat istimewa dan tidak ternilai untuk menggantikannya.

Disebab kan itu, adalah bukan senang untuk berhadapan musibah apalagi melihat zuriat sendiri disahkan pergi buat selamanya.

Walaupun mulut sudah mengucapkan tanda redha, namun hati tetap berduka apabila mendengar perkhabaran tersebut.

Samalah seperti kisah mengenai anak bongsu milik sepasang suami isteri menjelang awal tahun baru yang lalu.

Si abang demam tak kebah…2 kali rawatan baru sah hidap Influenza A

Menurut Mohd Esmadi, anak keduanya bernama Anell telah dilanda demam yang sangat teruk sekitar 2 minggu lalu.

Malah ubat yang diberikan oleh pusat perubatan pertama juga tidak mampu untuk membuatnya pulih seperti sedia kala.

Bapa ini kemudiannya nekad untuk menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat rawatan swasta pula sebelum dia disahkan menghidap virus influenza A.

Dalam pada itu, 2 lagi anaknya berada di bawah pemantauan isteri di rumah kediaman mereka.

 

Anak bongsu pula demam kritikal…mulut diikat sebab sawan

Selang hari berikutnya, keluarga ini sekali lagi diuji apabila anak bongsu yang bernama Ajim pula dilaporkan demam.

Pada awalnya, mereka menjangkakan dia menghidap demam biasa kerana ujian influenza juga negatif. Bagaimanapun, suhu badan si cilik berusia setahun lebih ini tiba-tiba naik mendadak dan terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan untuk rawatan selanjutnya.

Sepanjang tempoh berkenaan juga, Ajim terpaksa dikawal ketat kerana selalu menghidap sawan.

Allah lebih sayangkan Ajim…jangan abaikan anak walaupun demam sikit

Meskipun mereka terlalu sayang dan rindu gelagat cerianya, tetapi kesemua ahli keluarga Esmadi akur apabila Ajim disahkan menghembuskan nafas terakhir sekitar 6 Januari lalu.

Dalam pada itu, dia turut menyatakan kisah ini wajar dijadikan sebagai pengajaran buat ibu bapa di luar sana supaya jangan memandang enteng tahap kesihatan anak-anak kecil.

Sebaliknya, rujuklah ke pihak perubatan dengan segera agar tidak berlakunya tragedi kehilangan seperti ini.

Sumber: FB Mohd Esmadi Ibrahim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*