Kisah Puteri Balqis Dan Keluarga Ramai yg Salah Paham. Pusat Zakat Tampil Beri Bantuan. Alhamdullilah

Pernah diuji dengan penyakit berkaitan jantung, dua tahun lalu, kehidupan Puteri Balqis, 13, terus dilanda dugaan hingga pernah ikat perut selama beberapa hari.

Begitupun, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu tetap bersyukur diberi peluang untuk kembali mengingati Yang Maha Kuasa.

“Perubahan tiba-tiba itu indah sebenarnya. Tuhan tak mahu kami lupa diri.

Terputus makan itu pernah, dalam dua tiga hari tetapi tidaklah sampai seminggu. Kami ikat perut,” katanya.

Pelakon cilik itu meluahkan perasaan berkaitan keadaannya sekarang menerusi sedutan promosi program Bersamamu terbitan TV3.

Pengakuan di video berdurasi hampir dua minit terbabit mengundang sebak ramai, malah masing-masing tidak menyangka bintang yang disanjung masyarakat itu hidup sukar.

Menerusi paparan sedutan rancangan kemasyarakatan itu, turut ditonjolkan saat dia menerima tepukan gemuruh membawa pulang trofi pada sebuah majlis anugerah.

Pada minit seterusnya pula dipaparkan Puteri Balqis menaiki pengangkutan awam bersama ibunya, Norashikin Mohamad Aziz, untuk mendapatkan rawatan di klinik.

Paling menggamit emosi apabila pada minit terakhir, pelakon yang mula menceburi dunia penyiaran menerusi iklan komersial duduk di sebuah bangku batu sambil disuap ibu.

Terdahulu, kira-kira dua tahun lalu Puteri Balqis disahkan mempunyai masalah jantung selepas keluar masuk hospital apabila dia demam berpanjangan, sesak nafas dan kerap muntah.

Ketika popularitinya memuncak, dia banyak menghiasi telefilem dan drama bersiri, selain membawa pulang trofi termasuk menerusi Anugerah Skrin.

Sementara itu, Norasyikin yang menjaga anaknya sendirian selepas berpisah dengan suami pula berkata, orang luar tidak tahu situasi ditanggung mereka, sebaliknya hanya maklum kesihatan anaknya semakin pulih.

Malah, semangatnya juga dilihat tetap ampuh apabila menghasilkan buku puisi berjudul 38 Poems of Puteri Balqis yang dijual di sekitar ibu kota.

Kenyataan Dari Pusat Zakat Selangor

Pelakon Cilik Puteri Balqis Azizi, 13 yang kisahnya dikongsikan di Bersamamu TV3. 

Untuk makluman semua, Zakat Selangor juga bersama menziarahi Adik Puteri Balqis bagi melihat keperluan mereka.

Alhamdulillah bantuan kecemasan telah disalurkan semasa menziarahi beliau.

Keluarga Adik Puteri Balqis juga layak didaftarkan sebagai asnaf miskin semasa yang melayakkan mereka menerima bantuan bersesuaian.

Selain itu, bantuan kewangan bulanan, tunggakan bil utiliti dan bantuan perubatan juga akan dipertimbangkan bagi meringankan bebanan keluarga ini.

Marilah bersama kita doakan, semoga Adik Puteri Balqis diberikan kesembuhan segera dan ibunya terus tabah dengan dugaan ini. 

Terima kasih kepada anda semua yang menunaikan zakat di Zakat Selangor.

Assalamualaikum kepada semua penonton dan rakan FB Bersamamu. Terima kasih kerana menonton kisah Puteri Balqis.

Kepada mereka yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Puteri Balqis, boleh juga disumbangkan ke akaun:

12159020038642. Bank islam. (Norashikin binti Mohamad Aziz)

Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada Bersamamu. Hulurkan tangan, Ringankan beban.

Sumber : BHARIAN ONLINE / PUSAT ZAKAT SELANGOR / Bersamamu TV3

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*