‘Rahsia’ Kenapa Iklan Jam Selalu Tunjukkan Pukul 10.10

Rasanya tidak ramai yang menyedari bahawa jam yang dipasarkan di kedai mahupun dalam talian kebanyakannya memaparkan jarum berada pada masa 10:10. Pun begitu, itulah hakikat yang perlu diterima oleh orang ramai kerana ianya telah ditetapkan sejak dahulu lagi.

Perkara tersebut bukanlah satu kebetulan, namun mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri yang boleh diterima akal. Jarum yang menunjukkan pada masa 10:10 sebenarnya mempunyai kelebihan visual yang ramai tidak sedar.

Jam tangan “tersenyum”

Apabila kita melihat jarum jam berada di angka 10 dan 2 yang menandakan masa 10:10, ianya seolah-olah seperti bentuk senyuman. Sememangnya senyuman merupakan perkara yang positif yang berlegar di sekeliling manusia. Jadi, melihat bentuk senyuman pada jam merupakan satu kesan positif pada pandangan bakal pembeli untuk mendapatkannya.

Kedudukan yang seimbang

Kedudukan jarum pada masa 10:10 juga membolehkan tangan kelihatan seimbang pada permukaan jam. Kedudukan 10:10 adalah simetri dan otak manusia cenderung menghargai keteraturan dan simetri. Tambahan lagi, bentuk “V” yang terbentuk juga melambangkan kemenangan yang secara tidak langsung beri tanggapan positif kepada pemiliknya.

Supaya tidak menutup logo pengeluar

Jika dilihat pada permukaan jam tangan, apa yang menjadi perhatian ialah logo pengeluar jam tersebut. Pada kedudukan jarum jam pada masa 10:10, bentuk tersebut sepertinya memberi penekanan terhadap logo yang kebiasaanya berada di bawah angka 12.

Mitos kem4tian Abraham Lincoln

Ramai orang berfikir bahawa ianya dikaitkan oleh kem4tian Abraham Lincoln pada masa tersebut. Tetapi beberapa mitos lain ada menyebutkan bahawa Lincoln ditemb4k pada waktu malam sekitar 10:15 dan meningg4l pada keesokan harinya sekitar 7:22. Jadi, andaian seperti ini tidak dapat diterima kerana disanggah dengan mitos yang lain.

Sumber SK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*