Reaksi Dr. Maszlee selepas undur diri memang sempoi habis

Sejak semalam, banyak kenyataan daripada pelbagai lapis mansyarat telah memenuhi ruangan media sosial berkenaan perletakkan jawatan Dr. Maszlee Malik.

Siapa yang tidak terkejut dengan berita tersebut kerana baru sahaja beliau menyantuni pelajar sekolah pada hari pertama sesi persekolahan.

Ramai juga yang tidak bersetuju dengan pengunduran beliau kerana menyifatkan menteri tersebut antara yang ‘buat kerja’ sejak pemerintahan ditadbir oleh Pakatan Harapan.

Tiada langsung raut sesalan

Mengulas mengenai penerimaan beliau terhadap keputusan yang dibuat, seorang guru dikenali sebagai Mohd Fadhli telah mencoretkan pertemuannya di kediaman Dr. Maszlee malam semalam selepas sidang media yang dibuat petang itu.

Hanya gelak tawa & senyuman

Fadhli telah hadir bertemu dengan Dr. Maszlee dan melihat sendiri respon daripada Ahli Parlimen Simpang Renggam itu. Jelas hanya gelak tawa dan senyuman yang tak putus dizahirkan.

Beliau juga berasa tidak sedih dan akan terus berbakti buat penduduk Simpang Renggam selepas ini.

Hanya pendidik sebenar yang memahami pendidikan

Banyak lakaran indah, tapi dipandang pudar & kotor

Warga pendidik marilah realisasikan hasrat beliau

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menyuarakan rasa tidak senang dengan pengunduran Dr. Maszlee Malik.

Walaupun berbeza fahaman politik, namun ramai yang sedar bahawa beliau menjalankan tugasannya dengan baik serta melakukan pelbagai perubahan positif bagi membela guru-guru, insan kelainan upaya (OKU) serta gologangan B40.

Martabatnya telah dijulang

Mungkin ada ruang yang lebih baik untuknya

Silap beliau adalah kurang bercakap

Sumber Mohd Fadhil

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*